Pada 26hb. lepas saya menerima undangan jamuan makan 'ekslusif kecil' yang bertempat diPantai Hiburan Rompin. Saya mengajak seorang sahabat untuk menemani saya kesana dan bertolak diawal pagi.Setelah matahari mula memancar dipagi itu, kami tiba Di Beserah Kuantan dan telah 'ditahan' oleh seorang activis tempatan untuk berhenti seketika kerana mangajak kami bersarapan pagi, setelah beliau 'terperok' didalam fourwheel drive nya, sekian jam menunggu kami dalam perjalanan itu, setelah mendapat info yg kami berdua akan ke Kuala Rompin.
Kami berhenti makan pagi di sebuah gerai yang dikenali dengan panggilan 'Astaka'. Semasa makan activis umum itu bertanya khabar dan berbual bual dalam bab sejarah berkaitan dengan kepahlawanan melayu yang tercetus di Mersing Johor, termasuklah hal hal persilatan melayu yang berasal dari Pagar Ruyung Indonesia dan Yunan China. Tak ketinggalan juga menyentuh beberapa orang tokoh silat di area itu, 'Pak Anjang Derahman, Mat Wong, Panglima Hitam' dan beberapa orang yang lain lagi.
Selesai minum saya dan rakan terus bergegas ke Rompin dan didalam perjalanan ke selatan itu, saya menerangkan beberapa lokasi tertentu kepada rakan ini kerana beliau belum pernah lagi menjejakkan kaki nya kesini dan beliau pernah menetap di Terengganu dan Bentong Pahang. Saya pernah menetap di Rompin dan merantau meninggalkan daerah itu lebihkurang 26 tahun lalu. Beberapa kesah 'menarik'dalam perjalanan tersebut mungkin akan diceritakan dalam keluaran seterusnya.
Matahari semakin meninggi, kami tiba di bandar Rompin lebihkurang jam 11.45 pagi agak terlewat seperti yg dijangkakan kerana memandu dengan kelajuan sederhana sambil mencerita beberapa kesah kepada rakan disebelah, termasuklah penjara Penor, Tol jambatan Pekan, muzium Pekan, kesah penempatan orang asli, pemeliharaan belut Tanjung Batu, teropong anak bulan Tanjung Batu, jeti Kg.Nenasi, activiti sarang burung layang layang, udang galah Rompin, summer set resort, kepah di Lanjut dan banyak lagi, dengan keasyikan itu kami terlewat sidikit ke distinasi nya.
Bab majlis jamuan itu saya tinggalkan, dan beralih cerita semasa perjalanan pulang. Kami singgah ke masjid lama Kuala Rompin, pada tika itu tidak ramai orang berada dimasjid, semasa kami berada di 'gallery' masjid tersebut terpandang juga beberapa helai kenyataan dipapan nya pasal kuliah dan gambar2 peristiwa 'sadis'tembakan di Batu Burok Terengganu. Kami meninggalkan masjid itu dan masuk ke laluan bandar lama.
Pejabat Kastam Rompin..
'Hati menangis' apabila membelok kekiri masuk ke bandar lama, bermula dengan pejabat Pos terus perpandang tiang tiang kayu yg berdiri kaku dek kehangusan dibakar api. Bekas tapak panggung wayang telah ditumbuhi semak menghijau, yang suatu ketika dahulu amat gah dengan filem2 hindustannya, termasuklah filem Sanggam. Terus ke depan dan yang ada hanya bangunan2 kedai kayu lama ditinggal sepi, sebelum membelok kekiri terlihat dua orang budak melayu bermain main basikal dan sebuah 4X4 yang pintunya remuk selepas kemalangan. Kesayuan lagi apabila terpandang sebuah gerai mamak yang masih wujud hingga kini sejak lebih 30 tahun lalu dan saya pernah menikmati roti canai nya sekitar 26 tahun dulu.
Kami berhenti sekejap berhampiran jeti Kuala Rompin, dan sudah tidak kelihatan lagi jeti nya yg tinggal hanya pancang pancang kayu dan bangsal lama. Kelihatan juga sebuah jeti lain yg dibina disebelah kiri jeti asalnya. Kami tak berpeluang kesana kerana kesuntukan masa dipetang itu. Sebelum kami 'melawat' pejabat kastam Rompin yg lama itu, terpandang juga konkrit yg sedang disiapkan oleh beberapa orang pekerja (sedang evertime agaknya, kerana hari itu cuti tahun baru China) yang kami difahamkan satu pembinaan jeti yang baru bakal disiapkan nanti.
Bot Perikanan yang masih ada..
Kuala Rompin bekas daerah ku yang famous juga dengan 'sajian sajian' nya itu, di tinggalkan lebihkurang jam 4.30 ptg kami terpaksa berangkat pulang awal. Pada waktu nya Kuala Rompin terkenal dengan tembikai, kepah,udang galah, acara pancing tahunan ikan layaran nya. pesta pantai, taman negeri Endau/Rompin, Tioman dan banyak lagi yang tak dapat nak dikesahkan disini. - SMKR
- artikel ini disemak editor tanpa di edit/tq
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Berlalu nya Kuala Rompin 30 tahun lalu
Tuesday, January 27, 2009Posted by Unknown at 8:50:00 AM