Malam tadi saya menerima satu kiriman email dan rasa agak terkejut
dengan apa yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut
mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih
mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa
membaca horoskop atau ramalan bintang, seperti aries, libra, Sagittarius dan sebagainya
walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut
terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan
kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di
akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari,
tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti
berjumpa tukang tilik.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan
pekara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hokum membaca ramalan bintang zodiac, Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solat nya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta
membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada
ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk
membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya
dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin dengan apa yang dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang dating kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari." Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama al Fadhil, kadhi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu, Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obsess seterusnya. terpengaruh dengan apa yang dibaca. Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang > diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan, sedangkan perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa melanggan SMS horoskop? Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja dilakukan, sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. "Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya. Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12, ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak, adalam mereka yang tidak percaya kepada ketentuan Allah maha pencipta.- (page 1)
- email by "nor fadzila" awek_balangkaca@yahoo.com/ editor
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
Ramalan bintang 12 - TV9
Saturday, January 10, 2009Posted by Unknown at 11:30:00 PM