Seorang jurucakap universiti al Azhar berkata, beliau telah mengambil satu ketetapan untuk meletak jawatannya untuk turun padang dan membantah ketuanan Hosni Mubarak sehinggalah dictator itu tumbang.
Menurut laporan akhbar Fars, Mohamed Rifaa al-Tahtawi selaku jurucakap al-Azhar itu berkata kepada surat kabar al-Masry al-Youm, menegaskan yg beliau akan tetap bersama rakyat Mesir serta turun berdemonstrasi di Tahrir Square dan menyokong mereka sepenuhnya sehinggalah Mubarak turun dari takhta nya.
Al-Tahtawi juga telah mengesahkan mengundurkan diri dari jawatannya sebagai jurucakap resmi Universiti al-Azhar. Beliau berharap segala tindak tanduk nya nanti tiada lagi hubungkait nya dengan al Azhar.
al-Tahtawi menjelaskan, "Agama Islam mengajarkan kepada kita untuk melawan segala bentuk kezaliman dan sekarang ianya sedang berlaku di Mesir serta ini satu contoh terbesar sebuah kezaliman."
Bekas jurucakap al Azhar itu juga berkata, "Penentangan terhadap rejim yang berkuasa akan terus berlanjutan apabila tuntutan rakyat agar Mubarak melepaskan kekuasaannya tidak didengarkan. Sementara menanti tumbangnya Mubarak inilah senjata awal dari menyelesaikan krisis yg berlaku."
Al-Tahtawi menekankan pentingnya membentuk pemerintahan awam di Mesir di mana rakyat secara aktif dapat mengikuti dalam pemilihan wakil-wakilnya. Menurutnya, "Para demonstrasi tidak boleh mengakhiri tindakan pemogokannya dengan balasan janji-janji bohong yang bakal gagal ditunaikan."
Dengan sokongan Amerika kepada Mubarak, ada juga ulama al-Azhar mengambil sikap membela Mubarak dan merugikan rakyat dengan fatwa mereka yang mengharamkan siapa saja yg mengambil bahagian dalam demonstrasi. -sumber radioiran/men.cahaya
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
4 hours ago