Iran sahkan terima surat Amerika berikutan ancaman tutup Selat Hormuz

Tuesday, January 17, 2012


Jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Ramin Mehmanparast pada 15/1 lalu, mengesahkan Iran telah menerima surat dari Amerika Syarikat berikutan dengan hasrat Iran untuk menutup selat Hormuz.

Amerika mengirimkan surat tersebut melalui Presiden Iraq Jalal Talabani, dan Duta Besar AS untuk PBB Susan Rice menyampaikan surat lain kepada utusan Iran di PBB Mohammad Khazaei. Surat ketiga dikirim kepada Iran melalui Duta Besar Swiss kepada Teheran Livi Leu Agosti, lapor IRNA.

"Republik Islam itu sedang meneliti surat itu dan akan menangani jika perlu," kata Mehmanparast.

Walau bagaimana pun Mehmanparast tidak nyatakan dengan khusus pasal surat AS tersebut, dan pada Jumaat lalu, New York Times melaporkan Amerika telah menggunakan "saluran rahasia" untuk mengirim surat kepada pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei mengenai ancaman negara Parsi itu untuk menutup Selat Hormuz. Menurut laporan tersebut, AS member amran dengan penutupan Selat tersebut bermakna " Iran akan berada melewati garis merah" demikian laporan Xinhua.

Pejabat tentera dan pemerintah Republik Islam itu telah mengancam akan menutup Selat Hormuz jika eksport minyaknya di ‘mainkan’ oleh Amerika dan sekutu nya, malah pelbagai tuduhan ke atas Iran.

Kementerian Luar negeri Uni Eropa akan membahas tuduhan dan kemungkinan mengambil tindakan terhadap Iran dalam pertemuan pada 23 Januari di Brussels, Belgium, dalam usha untuk menekan Iran berkaitan dengan program nuklearnya. – edit by Ahmed Dzimar/Antara.