Mukmin harus tahu bab Politik

Tuesday, May 1, 2012

Syeikh Fouad al-Matrouk, imam dan khatib masjid Rasulullah Saw daerah Qatif, Arab Saudi, menggalakkan setiap mukmin harus mempelajari ilmu politik bagi mendalami kefahaman berbagai peristiwa dan perubahan suasana politik dari dulu dan mutakhir ini, lapur Mehr News 30/4 semalam.



Tambahnye lagi, untuk mengetahui langkah-langkah berpengaruh dalam mengubah pemikiran politik, perlu mendalami ilmu politik dan ianya sangat penting serta kaum mukmin harus serius bertindak awal bagi mengatasi pihak musuh.



Al-Matrouk menegaskan, "Ketinggalan dalam bidang ilmu politik akan mengakibatkan umat Muslim tidak mampu memahami dengan berkesan pelbagai fenomena dan transformasi keadaan semasa. Kita kaum mukmin harus waspada dan tidak mengekori pihak musuh serta dapat menganalisa dengan teliti seluruh transformasi yg ada."



Beliau terus berkata "Kita harus berwaspada fakta dan transformasi di sekeliling kita kerana hasil analisa kita cukup mempengaruhi masa depan masyarakat kita sendiri - editor fizzehran tip irib