Penganjuran peringkat akhir Miss Belgium 2013 telah dikecam hebat oleh masyarakat Maghribi kerana menggunakan perkarangan dan dalaman Masjid Hassan 11 sebagai tempat mengambil gambar para peserta miss itu. Masjid Hassan 11 ygt terletak di Casablanca merupakan masjid ketiga terbesar di Dunia.
Masyarakat Maghribi kesal dengan pekara itu kerana tidak menghormati peradaban Islam dengan pakaian seksi mereka, dan gambar2 itu banyak termuat dalam media media social yg mana 10 orang peserta mengayakan pakaian seksi berlatarkan Masjid Hassan 11.
Jalal El Mir, seorang guru Bahasa Inggeris yang bertugas di Tetouan, Maghribi, berkata, "Walaupun semua motif pun, mereka harus memilih tapak lain untuk menayangkan badan separuh bogel mereka. Ini sepatutnya menjadi tempat suci di mana beribu-ribu orang lelaki dan wanita Muslim datang untuk beribadat setiap hari. "
Para peserta peraduan ratu cantik itu merasakan tidak bersalah ke Masjid Hassan II itu dan mengatakan satu pekara salahfaham telah timbul. Katanya mereka mengambil gambar dimasjid itu dengan tujuan baik untuk mengenali tempat2 bersejarah di Casablanca. Pertandingan kecantikan ini melahirkan kasih sayang dan muhibah katanya. Masjid Hassan II dianggap sebagai salah satu lokasi yg agak unik, dan kaya dengan seni,. Setiap pengunjung ke Casablanca merasakan tidak lengkap jika tidak ke Masjid ini. Sudah ramai para pemimpin dunia dan pelancung antarabangsa telah melawat mercu tanda Casablanca ini.
"Pihak pengurusan masjid ini perlu juga di salahkan kerana mereka yang memberikan kebenaran untuk majlis pergambaran itu”, kata Adam Echawadi, diMaghribi juga merupakan rakyat Amerika dari New York City.
Beliau menegaskan bahawa masjid adalah untuk solat dan majlisl agama bukan untuk memotretkan fotografi kepada peserta pertandingan kecantikan yg berpakaian seksi. "Menuntut kita patut menghukum pada mereka yg bertanggung jawab ini”, katanya membuat kesimpulan.
Ulama Sheikh Abudl-Bari Zamzami menyatakan kementerian Dalam Negeri harus bertanggung jawab atas insiden tersebut. Menurutnya, masjid dibangun untuk kegiatan keagamaan, bukan untuk tujuan pelancung membuat pekara pekara tidak sopan, katanya. – naj/morocco news