Orang Malaysia sanjung bagai nak rak

Monday, November 5, 2012

Sebelum ini si-penama ini cukup gah disanjung seantero dunia kerna menjadi idola pemimpin demokrasi dalam pembikinan.

 

Pabila beliau di tahan oleh krajaan Burma, memacam suara suara kedengaran mengecam Burma, England menekan. Amerika mengugut..tak kuranglah suara suara dari Malaysia mencelah sana sini. Sekarang apa cerita?

 

Aung Sang Suu Kyi, seorang wanita Burma yg disanjung tinggi kerana begitu lantang melaungkan kekuatan konsep demokrasi dan sanggup ditangkap dan dipenjara. Baru baru ini pula menerima satu penghormatan yg agak dinamik sebagai pemenang hadiah Nobel Keamanan peringkat antarabangsa.

 

Suu Kyi sebelum ini cukup garang bercakap pasal demokrasi tetapi sekarang hakikat itu gagal. Beliau hanya dan diam tak bersuara apabila masyarakat Islam negaranya sendiri ditindas dan dibunuh. Dimana demokrasi nya? Kalau tidak Islam berbuat baik sejauh mana pun, amat sukar untuk membela masyarakat Islam.

 

Kuasa punya pasal takut hilang sokongan penganut Budha kerana bakal merebut ahli Parlimen pada 2014 nanti…rakyat Negara sendiri dibunuh tak mengapa, apalagi berlainan agama. Kalau sebelum ini naik serak suara membela orang tertindas dan bercakap bab demokrasi.

 

Dalam laporan BBC hari ini, Suu Kyi berkata, beliau tidak akan menggunakan kepimpinan moralnya untuk menangani krisis semasa di barat Myanmar. Kenyataan nya itu menjadi tanda tanya sebahagian besar pencinta kemanusiaan seluruh dunia.

 

Inilah icon yg disanjung sebelum ini, bila masaalah berlainan agama jiwa pun sudah berubah. Yang nyata sebelum ini surat khabar kat Malaysia bagai nak rak punya puji Suu Kyi dan sekarang kita pungutlah hasil nya…