Darjah Kebesaran Indonesia dijual di Malaysia.. terbongkar!

Tuesday, December 18, 2012

Sindiket menjual darjah kebesaran “Keraton Kasunanan Surakarta” kepada rakyat Malaysia telah terbongkar.

 

Perbuatan ini diketahui setelah terdapat satu perusahaan PT Karaton Solo Hadiningrat SDN BHD, yang menjadi sindiket menjual gelaran tersebut kepada rakyat Malaysia yang ingin mempunyai gelaran Keraton Surakarta.

 

"Berapa harga yg ditawarkan, memang saya tidak tahu. Tetapi syarikat berbentuk PT itu, bergerak di Malaysia bagi menjual ijazah kebangsawanan palsu yang dikeluarkan PT tersebut," kata Kanjeng Pangeran Sosronagoro, dalam temubualnya dgn wartawan, di Solo, Jawa Tengah, 13/12/2012 lalu.

 

Penjualan darjah kebesaran Indonesia di Malaysia itu terbongkar, ketika pihak Keraton Kasunanan Surakarta curiga terhadap penghargaan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, Dato Sri Paduka Lim Kim Ming dan isterinya.

 

Pada mula nya memang pihak Keraton Solo memberikan gelaran kepada Lim Kim Ming yang bersedia menjadi Duta Kebudayaan antara kedua negara, Indonesia dan Malaysia dengan gelaran “Kanjeng Raden Aryo”. Termasuk juga kepada isterinya dengan gelaran “Nyi mas”.

 

Tetapi ketika dirujuk kembali kepada pihak Keraton untuk meningkatkan kerjasama yang selama ini telah terjalin, didapati gelaran bangsawan yang disandang oleh Lim Kim Ming naik satu darjat menjadi “Kanjeng Pangeran” dan isterinya naik menjadi “Kanjeng Raden Ayu Temenggung”. "Jelaslah SISK Paku Buwono XIII merasa curiga, sebab beliau merasa belum pernah menaikan pangkat kebangsawanan itu lagi kepada Lim Kim Ming," kata nya.

 

Setelah diteliti, ternyata surat penghargaan yang ada pada Lim Kim Ming itu adalah palsu. Dalam surat tersebut juga, Lim Kim Ming telah menggunakan stamp kerajaan palsu. Termasuk menubuhkan syarikat PT yang namannya Keraton Kasunanan Surakarta.

 

Dengan terbongkar nya pekara tersebut, SISK Paku Buwono XIII terus mengeluarkan perintah menyatakan semua gelaran kebangsawanan yang dikeluarkan PT Keraton Solo Hadiningrat SDN BHD yg bertempat di Malaysia tidak ada hubungannya dengan gelaran kebangsawanan yang dianugerahkan secara langsung oleh SISK Paku Buwono XIII.

 

"Atas laporan kami, pihak Malaysia telah menggantung passport luar negeri Lim Kim Ming dan SISK Paku Buwono XIII telah menarik balik hubungan kerjasama kebudayaan dengan Lim Kim Ming,"tambahnya lagi. – alihbahasa najaf/sumb