Pada suatu hari, Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Isterinya, Mak Andeh, pun menyediakan peralatan memotong getah untuk Pak Pandir dan Pak Pandir pun pergi.
"Hati-hati ya Bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh. "O.K. Yang," jawab Pak Pandir. Pak Pandir pun berjalan kaki di sebatang jalan raya besar untuk ke kebun getahnya.
Sedang Pak Pandir berjalan, beliau ternampak sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas membaca papan tanda tersebut, Pak Pandir pulang hampa.
Mak Andeh hairan kenapa suaminya pulang cepat sangat lalu bertanya: "Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab: "Sejak bila kerajaan tak kasi kita 'memotong' getah? Ada ke diletak papan tanda besar 'DILARANG MEMOTONG' kat tepi jalan tu?" - cyb/singapore