Kerajaan nak bantu OKU tapi mintak duit rakyat, Wardina di sembur

Friday, June 27, 2014

Ada juga pihak yg tidak mengiyakan  dan membantah kenyataan Wardina berkaitan dgn remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah,menerusi Instagram nya. Walau pun terdapat unsur pembelaan dari Wardina itu tetapi tidaklah berketepatan mana, apalagi cara pemantauan dari kerajaan sudah di ketahui ramai.

 Pabila Wardina menghentam kerajaan dek kerana gagal member bantuan kpd si-ibu yg berkaitan, untuk kos penjagaan anak nya, tak bolehlah disalahkan kerajaan 100% kerana si-ibu perlu berusha dgn alternative lain, jgnlah terlalu mengharapkan sangat kerajaan ini yg memang dikenali dgn “corrupted nya”. Wardina pula membandingakan Malaysia dgn Australia, mana mungkin sama, walaupun Negara kita mengutamakan rakyat.


 Maka timbulah pelbagai andaian dari masyarakat,dan yg agak melucukan bercampur sedikit bangang setelah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, membidas kenyataan Wardina dan memberitahu bahawa kerajaan sebenarnya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya.


 Penghuni Negara ini sudah tahu yg dikatakan “kerajaan sebenarnya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya” apabila beliau sendiri yg syurkan menubuhkan tabung untuk Muhammad Firdaus itu. Sekerinya ditubuhkan tabung, yg pasti rakyat ini juga yg perlu memenuhkan tabung itu mahupun pertubuhan NGO. Kalau kerajaan hendak membantu tak payah tubuhkan tabung, macam2 peruntukan ada, macam2 perbendaharaan ada, hulurkan saja.


 Meskipun dikritik, dicemuh dan menerima tohmahan, namun Wardina tetap positif dan berkata “Perasaan saya tidak penting. yg penting adalah perasaan ibu bapa yang selama ini menjaga anak-anak OKU”.
Pening barang nih, kerajaan nak bantu tapi memerlukan duit rakyat…