satu pendekatan yang berlawanan di jajahan Kemaman

Tuesday, October 28, 2008



Peta Lokasi Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke 12 yang akan diadakan di Dewan Dato’ Seri Amar, Chukai, Kemaman
pada 1 Nov akan datang.

Parti Islam SeMalaysia negeri Terengganu akan mengadakan majlis itjima' 2008 ini pada 1hb.11/2008 bertempat di Chukai Kemaman. Dewan Dato' Seri Amar, jalan Ab.Rahman, ia itu berdepan dengan mahkamah sivil daerah itu, bakal dijadikan pentas utama majlis itjima' itu nanti. Dewan tersebut yang disebut sebut sebelum ini yang menelan belanja banyak juta nya itu, telah diberi kelulusan oleh pentadbir daerah kepada PAS negeri Terengganu. Hal ini boleh disifatkan agak 'anih' macam mana ianya diberi kelonggaran kepada sebuah parti pembangkang utama masa kini.

Dewan Dato' Seri Amar yang baru saja disiapkan awal tahun ini merupakan bangunan yg satu satu yang termahal pernah didirikan di daerah ini. Terfikir juga bagaimana majlis kerajaan tempatan @MPK meluluskan kegunaan nya bagi merealkan majlis itjima' parti pembangkang itu nanti.

Apakah pendekatan mereka sudah berubah atau pun kalian punya agenda tersendiri? khas nya kerajaan negeri sendiri dibawah pimpinan Mohd Said sebagai MB nya. Sememangnya ramai orang telah mengetahui di daerah tersebut malah diserata antero dunia telah mengetahui akan kekejaman kumpulan yang terlibat ini (IT dunia tanpa sempadan) dalam perihal meranapkan rumah Allah iaitu masjid bujal pada 25/5/05 yang lalu, yang mana dalang nya sudah tersuluh siapa punya angkara.

Sebelum ini terlalu banyak kemudahan awam yang ingin digunapakai oleh pihak pembangkang khas nya PAS & PKR telah dinafikan oleh majlis kerajaan tempatan ini, begitu juga yang melibatkan daerah daerah lain di bumi Terengganu ini. Walau pun permohonan menggunkannya diambil kira sebagai tidak percuma ataupun dengan secara penyewaan. Tiba tiba bangunan tersegam indah ini juga yang boleh dikatakan sebagai 'mercutanda' jajahan ini diluluskan gunapakai oleh majlis Itjima' PAS negeri, untuk tahun ini. Walaupun hal ini tidak mustahil tetapi seolah olah satu kejadian yg agak janggal sejak sekian lama.

Pekara ini tidaklah bermakna satu 'pertikaian' disebabkan kelulusan tersebut tetapi motifnya terasa macam 'pelik', mutakhir ini seringkali ada orang yang bercakap cakap dengan perubahan atau pendekatan MB baru yang agak berlainan dengan yg lalu terhadap satu lagi parti politik melayu ini, namun begitu sejarah telah melakarkan apa yg terjadi. Amat sukar untuk menidakkan setiap apa yang telah menjadi kepastian.

Aku takkan lupa ketika 'berkejaran' dengan ef-ar-U di peristiwa perobohan masjid dulu dan aku sukar melupai telah merangkak menyelit diri dicelah celah rumah orang disatu penempatan di jajahan itu dek amukkan anggota tersebut dengan water canon nya.
- penulistamu/eM-jr