SENIMAN.. dengan presiden nya Datuk Mustapha Maarof telah mengecam sikap mereka yang terlibat menganugerahkan darjah kebesaran 'Datuk' kepada pelakun Shah Rukh Khan baru baru ini. Tambahnya beliau bukan mendesak kementerian atau kerajaan negeri tetapi kami memerlukan keadilan dalam hal ini. Katanya lagi sepatutnya eloklah bertanya kepada FINAS bagi sesiapa yg layak untuk di anugerakan pingat tersebut, ketika mngadakan satu sidang akhbar jan 3.30 petang di pejabat FINAS hulu Kelang siang tadi, yang turut dihadiri 20 orang artis lain.
Menurutnya SENIMAN akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan petang esuk. Pengarah Ahmad Idham turut rasa terkilan, seolah olah terasa macam badut dalam industri hiburan tanah air katanya dan kita selalu war warkan 'filem kitra wajah kita' tapi begini jadinya. Sementara itu pelakun Arash Mohamad juga merasa kesal dengan alasan kerajaan Melaka hanya kerana mempromosikan 'A Farmosa' dalam filem One Two Kar Four adalah alasan yg kurang menasabah.
Alasan begini membuat kai terasa kecil hati dan sidang akhbar tersebut juga dihadiri pelakun Jalil Hamid, Ahmad Idham, Arash Mohamed, Aziz Satar, Rahim Jailani, Jalaludin Hassan, Rusdi Ramli, Mas Omar, Zulkifli Mad Zain, Normala Omar dan Harun Salim Bachik.
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
11 hours ago