"Dibasuh di kicah kicah di telan jua" - Ibrahim Ali

Tuesday, February 24, 2009

Image Hosted by UploadHouse.com

Seorang lagi politikus negara ini yang sering mengucarkan suasana politik tanah air, malah kebelakangan ini lonjakan nama nya terus memberi perhatian kepada pemerhati politik mahu pun para pemimpin kerajaan dan pembangkang.

Siapa tidak kenal dengan pelbagai perbuatan nya yang seringkali melewati batasan susila keadaan normal mutlak. Mungkin masih ramai yang tak dapat melupakan peristiwa perarakan burung petalawati suatu ketika dahulu di negara ini, khusus nya di Kelantan.
Ianya turut mengaitkan istana dan melanggar hukum syara’ kerana mengagong agongkan sebuah patong berbentuk burung.




Orang orang di Kelantan lebih mengetahui peristiwa majlis perasmian jambatan Tendung beberapa tahun dahulu, yang telah dicemari oleh larian pelajar pelajar terpilih di atas arahan orang politik ini. Para pelajar itu memakai t-shirt ‘adi jagat’ yang bertemakan ‘bernafas dalam lumpur’. Inilah dia Ibrahim Ali ahli parlimen Pasir Mas yang bertanding atas tiket Bebas yang menggunakan lambang Pas.

Baru baru ini beliau telah membahaskan titah diraja di parlimen, sehingga menghempas songkok nya kerana perbahasan nya diminta laluan oleh beberapa anggota pembangkang, dan beliau terus menyindir anggota pembangkang yang bersifat hipokrit kata nya, apabila pembangkang berkuasa, tetapi tak mahu melaksanakan apa yang diperjuang selama ini.

TGNA juga menyarankan agar Ibrahim Ali meletakan jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas gara gara beliau terus mengkritik pembangkang secara lantang termasuk persiden PKR Dato’Seri Anwar Ibrahim sendiri. Ibrahim Ali membidas balik kenyataan TGNA dan berkata Tok Guru Nik Aziz tak perlu bercakap besar, dan tambahnya PAS pernah hanya dengan kelebihan satu kerusi sahaja di Kelantan, dan beliaulah yg banyak membantu menarik penyokong UMNO untuk mengundi Pas.

Sebenar nya cukup banyak sejarah beliau dalam politik ini, beliau cukup bermasaalah apabila berada dalan satu satu badan politk. dalam Umno bermasaalah serta telah digantung se umur hidup. Semasa dalam Berjasa (yang dikatakan sebuah parti serpihan Pas) juga bermasaalah dan lompat keluar, menyertai semula Umno dan apabila berlaku krisis Umno pada 1987 lalu, beliau turut bersama Ku Li, Rais Yatim dan ramai lagi mula berpecah dari Umno dan menubuhkan Semangat 46 atau lompat keluar semula dari Umno. Apabila Semangat 46 berkubur, beliau masuk balik ke dalam Umno dan kekal sebagai ketua bahagian sehinggalah dia di pecat dan gantung dari Umno se umur hidup. Kini beliau menjadi anggota bebas. Siapakah yang bermasaalah? Badan politik atau orang politik ini yang menghadapi masaalah.

Parti Umno, Berjasa, Semangat 46, Pas mahu pun PKR kesemuanya adalah tidak bersesuaian dengan ahli parlimen ini dan beliau bergembira katanya bila berada dalam „Bebas“ boleh mengkritik siapa saja.

Semalam 23/02/09 bersuaralah si-majikan lama nya itu, United Malay National Organisation bahagian Kelantan. Ketua penerangan Umno Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad berkata „Umno Kelantan sedia menerima Datuk Ibrahim Ali sekiranya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu kembali kepada parti itu, "Bagi kita, kita terima sesiapa sahaja," kata Alwi ketika ditemui pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum Ke-11, Mei 2004, tetapi tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Dalam ertikata lain „dibasuh di kicah dan di telan jua“ apabila sokongan mula merosot buatlah apa saja untuk menggembalikan kegemilangan lama. Tak kiralah yang di pecat atau gantung se umur hidup sekali pun. Soal rekod baik tak baik belakang kira, janji kuasa tidak terhakis. Kuasa melayu yang terhakis ke kuasa siapa yang terhakis?

- suntingan matjejakrasul