Pening juga MB Perak memikirkan

Monday, February 2, 2009

Timbullah pelbagai kesah kebelakangan ini, selang satu hari mahupun setengah hari penampilan kesah nya mula merubah rubah. Tak kira sumber nya sama ada berita utama elektronik ataupun didada dada akhbar arus perdana, mahu pun dilaman laman blog yang ada.

Cerita 'kehilangan 4 hari' dua adun Perak mula menambahkan panasnya suasana keadaan poltik tanah air yang sebelum ini penuh dengan tandatanya, khas nya dinegeri Perak. Berturutan dengan penyeberangan adun Bota Datu'Nasharudin Hashim ke Pakatan Rakyat dan dengan pengakuan bekas MB Perak Tajol Rosli, yang mengaku kelemahannya 'mentadbir' BN Perak membuatkan adun Bota beralih arah.



Lantas secara spontan beliau mengambil ketetapan melepaskan jawatan nya sebagai peneraju BN dinegeri itu dan dilapuran Utusan Malysia hari ini 2 febuari, yang beliau bakal mengadap sultan Perak, dalam waktu terdekat. Peristiwa 'kehilangan 4 hari' dua adun yang mewakili Adun Changkat Jering dan Adun Behrang yang kedua duanya dari PKR mula menambahkan kekusutan fenomena politik di Perak.

Image Hosted by UploadHouse.com
Dua Adun Changkat Jering & Behrang

Pelbagai lapuran memainkan peranan nya, antara sumber yang dikupas ini adalah dipetik dari rangkaian sumber sumber yang berpengaruh, media elektronik kita, akhbar utama mahu pun laman laman webblog yg disegani. Salah seorang adun yang hilang itu berkata, yg beliau tidak hilang, hanya mengambil cutisakit. "Surat cuti sakit ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang," katanya yang dipetik dari mStar online. Tetapi mengapa pula ianya tidak dapat dihubungi? apabila ditanya lebih lanjut beliau tidak mahu menjawab pula. Ada pula dikatakan mereka ini di 'culik' dan dibawa ke Pekan untuk bertemu TPM kita Datu' Najib.

Hari ini kedua dua adun itu telah meletak jawatan masing masing,namun Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar bahawa mereka telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta hari ini. Beberapa jam sebelum itu V.Sivakumar memberitahu sidang akhbar yang mereka itu telah meletak jawatan. Disinilah membuat orang ramai turut pening kepala memikirkan keadaan sebenar.

Harakah juga melapurkan, pilihan raya kecil dalam masa 60 hari dikedua dua kawasan itu, Behrang dan Changkat Jering, ini dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang semalam kepada mstar online dan kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya. Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok.

Kekusutan keadaan semakin memeningkan, itu pun belum lagi disentuh perihal timbalan speaker undangan negeri Perak, ia itu adun Jelapang yg dikatakan ada desas desus akan menyertai BN, walau bagaimana pun hal ini dinafikan oleh pengerusi DAP Perak sendiri, Datuk Ngeh Koo Ham.

Dalam perkembangan lain pihak SPR turut menyatakan, Tindakan meletakkan jawatan (sebagai Ahli Parlimend dan ADUN) ada implikasinya di mana wakil (rakyat) yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding semula," kata beliau sambil merujuk kepada Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peruntukan undang-undang adalah jelas di mana mana-mana anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan egeri (DUN) yang dengan sendiri meletakkan kerusi masing-masing akan hilang kelayakan untuk bertanding semula sepanjang tempoh lima tahun.

- ref/mStar/dll