Syukur.. pemimpin kita tak dapat kasut

Friday, February 6, 2009

Pendekatan budaya ini mula memainkan peranan sejak kebelakangan ini. Ianya mula menular dan semakin menjadi jadi. Walau pun pekara ini bukanlah satu perbuatan yang pelik dan ianya mudah berlaku apabila terjadinya pertengkaran dan sebagainya, tetapi hal ini begitu mendapat perhatian sekira nya berlaku kepada kepada para celiberiti atau tokoh tokoh politik, khas nya.

Image Hosted by UploadHouse.com
gambar hiasan



Lemparan sepatu ke atas bekas presiden Amerita, George Bush ketika membuat ucapan di Iraq sudah cukup bagi menarik perhatian masyarakat dari seluruh dunia. Itulah pemimpin politik yang penuh kontraversi dan tak lekang dari kutukan demi kutukan dari pelbagai peringkat seluruh dunia. Ucapan beliau dihari hari terakhir sebagai presiden Amerika. Wartawan Iraq dengan berani mengambil risiko dengan membalingkan kasut nya ke arah presiden itu yang terkenal dengan keceluparan mulut nya dan berhati busuk menindas rakyat Iraq dan menekan pelbagai negara yang dibenci nya.

Walaupun wartawan itu ditahan dan dihadap kemuka pengadilan, tetapi beliau menerima sanjungan ramai dengan keberaniannya itu, malah beberapa orang dari bangsa Arab telah memberi tawaran anak gadis mereka untuk dijodohkan.

Kelmarin seorang lagi tokoh politik, Presiden China Wen Jiabao telah menerima nasib yang sama dengan bekas rakan sejawat nya presiden Bush, balingan yang serupa ditujukan kepada nya ketika beliau berucap di University Cambridge. Peristiwa itu dilakukan oleh seorang lelaki Inggeris. Dalam kejadian di Universiti Cambridge itu, lelaki tersebut menghina Jiabao dengan berkata; "Dia adalah diktator. Bagaimanakah anda semua boleh mendengar penipuan yang dikatakannya?" dalam kejadian itu balingan kasut itu tidak mengenai sasaran nya dan beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Tokoh2 politik tidak dapat elak dari kebencian orang ramai, begitu juga dengan tokoh tokoh tempatan kita.

Dengan jarak masa yang terlalu hampir antara beberapa kejadian balingan objek itu, maka terjadi pula kepada duta Israel yang bertugas di Sweden. Ketiga tiga insiden ini mempunyai mirip yang hampir serupa, kesemuanya 'mangsa' yang disasarkan adalah ketika sedang membuat ucapan. Benny Dagan duta tersebut menjadi sasaran peserta seminar tempat beliau berucap di universiti Stockholm, Ylva Kornhelffer membaling kasut itu terkena dada duta Israel itu, yang sedang berucap mengenai piliharaya di Israel.Peristiwa itu juga diikuti dengan balingan dua buku ke arahnya oleh peserta lain, tetapi gagal menepati sasaran.

Kesemua kes diatas itu melibatkan pemimpin politik yang sering mengamalkan dasar 'tidak berperikemanusiaaan' yang boleh disifatkan sebagai 'bertaraf tinggi. kita semua dinegara Malaysia tercinta ini, begitu berharap semoga tidak berlaku nya peristiwa yang sama sepertimana yamg dialami kalian itu.

Mutakhir ini apa yang berlaku dinegara kita, khusus nya di negeri Perak sudah cukup memualkan dari pandangan ramai, seorang dua tokoh ternama negara kita seolah olah menjiwai perangai tokoh tokoh dunia tadi. Namun begitu kita tetap bersyukur kerana budaya 'lontaran kasut' tidak berlaku dinegara kita ini dan semangat begini haruslah di pertahankan. Begitu jualah dengan perlakuan pemimpin itu sendiri, biarlah beradap dalam mewarnai corak corak peralihan kuasa. Negara kita berpelembagaan dan mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan, janganlah sistem itu pula yang kita tongkah. Dengan itu tidak mustahil layangan kasut akan berlaku apabila 'tiketnya sudah ditempah'.

em-Jr/ref:mStar/s/harian