Isa & ISA ada kekuatan bagi kami

Thursday, September 24, 2009


Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah, berpendapat Negara kita
Malaysia masih memerlukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang setaraf dengan emergency law (undang-undang darurat) bagi mengatasi masalah perkauman dan agama yang timbul dari semasa ke semasa. Katanya ‘‘Kita perlukan ISA. Apa yang berlaku baru-baru ini di Selangor seperti isu pemindahan kuil dan demonstrasi membawa kepala lembu adalah tanda-tanda yang negara akan menjurus kepada pergaduhan kaum dan agama,’’ katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kita sedia maklum siapakah yang sebenarnya mengadakan perarakan kepala lembu baru baru ini? adakah kaum India yg beragama Hindu atau kaum Melayu yang beragama Islam? Datok Mohd Nor Abdullah berkata ianya boleh menjuruskan kepada pergaduhan kaum. Kaum mana yang mengusung kepala lembu itu? Bukankah kaum Datok Mohd Nor yang mengusung nya?  

Klik tajuk untuk baca seterus nya


Apa cerita dengan system perundangan Negara kita, masih tidak mampukah dengan kekuatan mahkamah yang ada, masih tidak kuatkah kekebalan penjara yang ada? Sehinggakan setakat mengusung kepala lembu itu pun kerajaan perlu menggunakan ISA.
Sumbat terus tanpa bicara. Itulah pandangan pakar perundangan kita.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop pula berkata, pasal pindaan ISA kajian masih diteruskan, termasuk mendapatkan maklum balas pelbagai pihak. "Ikut perancangan, kita akan cuba bentang di Parlimen dalam sesi Bajet 2010 Oktober ini untuk pembentangan pertama," katanya kepada pemberita semasa jamuan raya di Masjid Tanah kelmarin. ISA memerlukan pindaan bukan di hapuskan.

Sementara itu satu lagi ‘ISA’ masih hangat lagi di perkatakan kebelakangan ini. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, tetap menjadi pilihan utama bagi memenuhi kerusi DUN Batang Pinang dalam pilihanraya kecil nanti. Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli, tidak berganjak dengan pilihan itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.

Walaupun TPM Muhyiddin Yassin sudah beberapa kali bersuara supaya calun calun pilihan itu perlu disenaraikan untuk beberapa orang lagi. Bekas PM Mahathir Mohamad pula secara lantang menafikan Isa Samad sebagai pilihan untuk Bagan Pinang. Katanya calun yang bakal dilantik perlu dari mereka yang bersih dari rasuah @ politik wang.

Mohd Faizal Ramli, Ketua Pemuda Telok Kemang berkata “patut beliau ini (Isa Samad) menjadi idola kepada kita kerana cukup setia kepada parti walaupun pernah kena tindakan disiplin”.

Beginilah tradisi mereka dan sudah menjadi satu pegangan jitu yang sukar di leraikan. Walau mempunyai rekod ‘tak cantik’ tetapi masih tetap menjadi pujaan dan di mertabatkan sebagai idola. Amalan sebeginilah sudah menjadi ‘akar umbi’ kepada mereka yg terus menjunjung segenap kemungkaran. Seolah olah tiada lagi pemimpin lain yang perlu di ketengahkan.

Kalau pekara yang sama yang di hadapi pembangkang. Sudah pasti terdengar kedengaran suara suara yang memekakan. “Pembangkang sudah ketandusan pemimpin, pembangkang sudah tenggelam punca, pembangkang berada di takuk lama” dan kita tunggu 29hb ini siapa yang di nobatkan nanti.

- adunan m/kini/mStar/mjr