Gula kekal harga petrol di bubarkan

Tuesday, September 1, 2009


Beginilah kerenah kita semua, bermacam macam ragam yang kita temui. Dia punya puji dan kata kata sanjungan tinggi melangit, mungkin dia sendiri yang tahu akan hasil nya. Depa punya syarahan berdegar degar, konon nya akulah pembela nasib rakyat. Pembangkang apa tahu, hanya pandai bercakap sahaja. Apa yang boleh Pas buat?

Pas sudah bina apa? kita mahu kemajuan. Mengapa fikiran nya tak memikirkan, Pas bukan parti pemerintah, Pas mana ada kuasa nak bina itu nak bina ini untuk kebajikan rakyat, dan itu adalah tanggung jawab kerajaan atau parti yg memerintah. Takkan yg ini pun hendak di beritahu juga. Baru baru ini saya difahamkan, ada ‘orang kita’ cukup bangga dengan perihatin kerajaan terhadap rakyat. Mungkin inilah hasil nya jika rakyat di dahulukan, sehingga kena sebat kerana minum arak pun rakyat di dahulukan juga.Yang bukan rakyat minum arak tak mengapa, dikemudiakan atau di lupakan.. apa cerita sebenarnya?




Tidak kurang juga dengan Pengerusi, Pengedar Pemborong dan Peruncit Islam Terengganu. Katanya langkah kerajaan mengekalkan harga runcit gula pasir dengan RM1.55 sekilo gram amatlah wajar. Memanglah kita sendiri pun terasa gembira dengan pengekalan harga itu. Tetapi sedikit sebanyak berfikir juga, gula pasir sekarang amat berkurangan dan hanya dibenarkan satu satu keluarga hanya boleh membeli 2 kilo gram sahaja untuk satu satu masa. Bekalan gula terhad, harga tidak naik dan ini berlaku sudah sekian lama sebelum ini. Macam ada sesuatu yg akan berlaku.

Dalam kita bergembira harga gula di kekalkan bersama sedikit keriuhan di hari merdeka, tiba tiba kita semua di kejutkan dengan berita kenaikan harga petrol pula dan berkuat kuasa hari esuk 1 september. Macam sudah di duga ‘gula gula’ di beri “dan kita akan kekalkan harga gula”, tetapi jari kelinking berkait.

“Saya bersetuju dengan langkah kerajaan tidak menaikkan harga gula dan ini adalah langkah bijak dan wajar” kata Sazali Ismail, Pengerusi Pengusaha Pengedar Pemborong dan Peruncit Islam Terengganu kepada Sinar Harian semalam. Orang ramai rasa kurang wajar dan tidak selesa kerana kita semua akan menyambut hariraya tidak berapa lama lagi yang mana memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Apabila harga minyak naik, secara automatic harga barangan lain ‘takkan senang duduk’. Semua barangan yang dihantar dan di bawa akan menggunakan kenderaan yg menggunakan minyak. Takkan pengusaha kenderaan atau lori lori ini hanya mendiamkan diri saja. Begitu juga dengan gula, juga memerlukan lori atau kontene kontena, untuk dibawa kemana mana. Sama samalah kita kita perhatikan nanti. Mungkin juga ada satu pihak lain akan berkata “kita akan pantau kenaikan harga barang nanti” tiap kali harga barang naik inilah suara yg ada.

Harga gula kekal, harga minyak tidak kekal dan harga bawang putih turut ‘memberontak’ minta di bubarkan. Langkah bijak dan wajar dan rakyat di utamakan. Pengalaman lalu sudah banyak di lalui, dan perhatikan juga station minyak sebelum jam 12 malam nanti.

- orang minyak Paka