Pada tahun 1980 an bekas PM kita Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur.
Sehingga hari, nampaknya perangai Melayu tidak banyak perubahan nya
dasar yang amat mencurigakan ini hanya membuat UMNO mendapat keuntungan , tapi rakyat dipersiakan akibat dasar ini tidak menyesuai
dengan struktur , pemikiran dalam lapisan masyarakat Melayu.
Hari ini, kita patut mengimbas kembali dasar pandang ke Timur,
nampaknya rakyat haruslah memperlajari semangat rakyat jepun
meruntuhkan pihak pentadbiran kerajaan yang dimonopolikan oleh The
Liberal Democratic Party
Parti The Liberal Democratic Party adalah setaraf dengan Barisan
National . Hari ini parti LDP sudah diruntuhkan oleh rakyat, rakyat
menolak sebulat suara dengan pena tajam memangkal di kertas undian,.
Dengan melalui cara ini rakyat Jepun telah berjaya menyingkirkan parti
tersebut.
Rakyat haruslah berterima kasih kepada Mahathir, kerana telah memberi dorongan pandang ke timur dan mengagung agungkan Jepun, kini rakyat dapat sedikit
sebanyak inspirasi dan mempelajari bagaimanakah cara meruntuhkan kerajaan yang ada di negara kita ini.
Kini UMNO di ambang keruntuhan, membalut diri dengan kain putih,
mereka asyik mengunakan tektik kotor seperti perkauman, agama untuk
mengaibkan kuasa, media UMNO juga jadi dalang mengapi apikan fahaman
perkauman di Malaysia. Jadi khas untuk semua rakyat yang mencintai
Negara ini, janganlah memperdulikan kesensitiviti yang sengaja di
ungkilkan oleh UMNO, was waslah apa yang di cadangkan oleh pihak UMNO
khasnya cabinet BN, rakyat haruslah mengenepikannya, segala idea yang
dicadangkan baiklah buang dalam tong sampah.
Lihatlah Najib dalam teks ucapan hari kebangsaan 2009 , beliau sengaja
menungkit ungkitkan isu rusuhan kaum may 13, tanpa menghiraukan
keharmonian negara, perpaduan kaum di Malaysia. Ini lah cara memberi
tips kepada penyokong penyokong UMNO supaya membangkitkan isu Agama
dan Perkauman dalam kontek perpaduan Melayu. Hilangnya UMNO , Melayu
tetap setia ada di bumi ini, tanpa UMNO rakyat hidup lebih demokrasi,
rakyat hidup lebih bahagia.
- Oleh ANAK MAMI/margeemar
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
5 hours ago