gambar hiasan
Mahkamah Rendah Syariah di sini, kelmarin, memerintahkan supaya pernikahan pasangan sebelum ini didakwa bernikah menggunakan kakak sendiri sebagai wali, supaya difarakkan (dibatalkan).
Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosli difahamkan membuat keputusan itu selepas bertemu dengan pasangan itu, Encik Ahmad Salim Moideen, 30 tahun, dan Cik Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30 tahun, dalam kamarnya di sini.
Terdahulu, pasangan itu yang kelihatan hadir bersama seorang anak kecil, memarahi jurugambar yang merakamkan gambar mereka dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Encik Ahmad Salim berasa bimbang akan status perkahwinannya selepas mengetahui wali yang menikahkan mereka adalah wanita yang menggunakan nama Islam, Mohd Amirul Aiman Abdullah, yang juga kakak Cik Nurul Farhana.
Dalam keterangan sebelum ini, Cik Nurul Farhana memberitahu mahkamah beliau tidak memaklumkan perkara itu kepada suaminya kerana diugut akan dibuang keluarga oleh kakaknya.
Encik Ahmad Salim pula dalam keterangannya mendakwa penampilan dan suara kakak iparnya memang seperti lelaki dan mengakui tidak akan meneruskan pernikahan jika mengetahui keadaan sebenar.
Pasangan itu didakwa bernikah di sebuah masjid di Pantai Dalam, di sini, pada 17 April 2006. h/metro–b/hs15/8
p/s- Pening juga bila memikirkan nya, kalau benar dinikahkan di masjid Pantai Dalam takkan pihak masjid ‘senyap’ saja. Apapula cerita jurunikah nya? last last dah dapat anak sorang!
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
5 hours ago