Perjanjian syaitan mendarat di neraka?

Tuesday, August 31, 2010


Yang demikian, jika dihayati frasa tersebut di atas secara holistik, seolah-olah menepati kenyataan Melayu UMNO yang akhir-akhir ini begitu ghairah dan bernafsu mewar-warkan Sabah sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.

Hakikatnya ialah, merekalah sebenarnya yang muflis akal budi tanpa sedikit perasaan malu, lantaran merekalah yang bertanggungjawab menjadikan Sabah termiskin gara-gara pendekatan politik khianat dan curang mereka dalam melaksanakan orientasi pimpinan gagasan bernegara persekutuan yang didasari oleh ‘Perjanjian 20 Perkara’ sebagai syarat persetujuan pembentukan Malaysia. Pada hal, suatu ketika dahulu, Sabah merupakan negeri yang terkaya di Malaysia.

Sesungguhnya, betapa pendekatan politik jijik dan curang melayu UMNO adalah C4 kepada warga tulen Sabah. Tatacara atau budaya politik kebinatangan Melayu UMNO juga mengesahkan paradigma saya terhadap mereka sebagai ‘sarjana agung dalam berbohong.’

Nyata bahawa, Ketamakkan harta dan kerakusan kuasa mendorong mereka untuk sentiasa berbohong, terus berbohong dan selamanya berbohong ketika berfikir, bercakap dan menulis. Yang demikian, corak dan langkah tindakan mereka juga mencerminkan kebohongan dan penipuan melampau.

Adilkah Melayu UMNO yang memaksa warga tulen Sabah menerima pendatang haram dari Pakistan, Filipina dan Indonesia yang diberikan (IC Projek) oleh mereka sebagai warganegara Sabah atas alasan demi kewujudan kerajaan Sabah yang berteraskan Islam?

Manakala pembohongan demi kewujudan kerajaan Perak yang berteraskan Melayu pula mereka canangkan dalam usaha merompak Perak dari pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat.

Menyentuh soal kaum dan agama yang dijadikan senjata berbahaya oleh Melayu UMNO sejak sekian lama. Betapa Melayu UMNO telah menjadikan kaum dan agama sebagai talian hayat yang sangat berbahaya untuk mengekalkan kuasa, hatta menghancurkan warga tulen Sabah, sebagaimana isu demi survival agama Islam yang telah mereka mainkan di Sabah, dengan menghalalkan pemberian Kad Pengenalan Projek kepada pendatang haram Pakistan, Filipina dan Indonesia dengan gertak dan ugut wajib mengundi Melayu UMNO atau calon BN dalam sebarang pilihan raya, sehingga bilangan mereka pendatang haram kini mungkin lebih ramai berbanding dengan warga tulen Sabah.

Persoalannya, apakah benar bahawa negara dan warga tulen Sabah memperoleh keuntungan maksima hasil dari tingkah laku Melayu UMNO tersebut? Adakah kemungkinan atau tidak kemungkinan, bahawa pada suatu masa kelak warga tulen Sabah akan terbit penyesalan yang mendalam angkara kedurjanaan melayu UMNO kini?

Sesungguhnya, betapa kaedah dan tata cara berpolitik Melayu UMNO bukan sahaja amat berbahaya kepada kerukunan dan keharmonian bermasyarakat dan bernegara dalam konteks Sabah yang telah diiktikraf di era awal penubuhan Persekutuan Malaysia, bahkan dari sudut pertimbangan jangka panjang sangat mengancam kelangsungan dominan warga tulen Sabah.

Justeru, saya tegaskan kepada seluruh warga tulen Sabah, bahawasanya rentak dan multikhianat politik Melayu UMNO bakal meletupkan warga tulen Sabah dengan C4 untuk dikubur di lembah kehancuran tanah air sendiri.

Kepada juak-juak, barua-barua, boneka-boneka dan talibarut Melayu UMNO di Sabah yang begitu tamak dan rakus, lapar dan dahaga kepada kuasa melalui rasuah, penipuan, pembohongan, gertakan dan ugutan dalam pelbagai wajah dengan memadamkan pelita demokrasi bagi rakyat membuat pertimbangan yang saksama, sedarlah bahawa jangka hayat kamu juga akan berakhir dan jika perlu akan dicatat dalam sejarah sebagai manusia bajingan yang wajar ditimpakan dengan kutukan abadi.

Betapa budaya jahat dan durjana bangsa melayu dalam hikayat melayu seperti tipu-menipu, bohong-membohong, belot-membelot dan fitnah-memfitnah yang diwakili oleh Si Kitol dan Raja Mamak Mendaliar, kini berlaku di hadapan mata khalayak negara dan antarabangsa. Tegasnya, semua budaya jijik para pembesar Melayu silam, kini dilakukan semula oleh Melayu UMNO yang gigih dipertahankan oleh segelintir cendekiawan dan multimedia upahan Melayu UMNO.

Dengan ungkapan lain, Melayu UMNO telah menunggangi segala media, termasuk polis, hakim ‘korek-korek’ serta para doktor bagi menegakkan benang basah mereka dengan segala jenis penipuan dan pembohongan terjijik kepada warga marhaen sebagai pencacai dan pelengkap kepada ruang kesarjanaan agung Melayu UMNO dalam berbohong. Saya sungguh hairan, bagaimana para cendekiawan yang gagal membaca politik menegakkan benang basah Melayu UMNO.

Ungkapan kata jasa sering dikumandangkan oleh Melayu UMNO untuk mewajarkan mereka terus berkuasa dan memerintah negara. Yang demikian, mereka mendakwa bahawa Sabah dan Sarawak patut bersyukur kepada Malaysia, kerana kononnya Sabah dan Sarawak maju sebab masuk Malaysia.

Cisss! Siapa sebenarnya yang masuk Malaysia? Tiada siapa yang masuk Malaysia, kerana Malaysia dibentuk bersama oleh Malaya, Sabah dan Sarawak yang ditandatangani pembentukannya pada 9 Julai 1963 oleh Harold Macmillan (wakil British), Tunku Abdul Rahman (wakil Malaya), Datu Mustapha (wakil Sabah), Philip Ernest Housden Pike (wakil Sarawak) dan Lee Kuan Yew (wakil Singapura).

Yang demikian, saya menganggap mereka yang berkata Sabah masuk Malaysia sebagai keldai dan lagi, bagi mereka yang berkata Malaysia wujud pada 1957 sahih keldai yang gila, gamaknya.

Jasa juga bukan penanda aras untuk tidak mewajarkan perubahan kepimpinan dan kerajaan. Sementelahan, dalam usaha menukar pemerintah dan kerajaan dalam negara yang mendakwa demokrasi bukan suatu pengkhianatan yang layak untuk dihantar ke tali gantung. Saya juga percaya bahawa, seseorang pemimpin mestilah atau wajiblah mempamerkan contoh tingkah laku moral yang terbaik kepada masyarakat kerana najis tidak boleh membersihkan najis. Saya juga yakin bahawa, setiap pemimpin, bahkan setiap orang yang sanggup menipu dirinya sendiri, sudah pasti sanggup juga untuk menipu orang lain.Itulah rutin nya.

Dengan kata lain, kuasa yang dimiliki atas dasar penipuan dan ugutan semasa dalam proses mencapai kuasa tersebut, seperti menipu undi dalam pilihanraya, mengugut dan menggertak para pengundi supaya mengundi Melayu UMNO, sudah pasti pimpinan Melayu UMNO itu sanggup juga untuk menipu, mengugut dan menggertak masyarakat semasa mereka menggunakan kuasa yang telah mereka genggam hasil dari mandat rakyat yang mereka telah tipu, ugut dan gertak sebelumnya.

Natijahnya ialah, kerajaan Malaysia yang dibentuk atas dasar penipuan, ugutan dan gertakan semasa pilihanraya bukan lagi cerminan dari ketulusan akal budi masyarakat sebagaimana yang dinyatakan oleh John Stuart Mill (1806-1873) bahawa, standard kerajaan sesebuah negara adalah ukuran dari standard pemikiran warganegaranya yang memberi mandat kepada pimpinan atau penguasa yang membentuk kerajaan. Justeru, dengan meneruskan kewujudan melayu UMNO di Sabah hanya akan menjadi parasit kepada warga tulen Sabah.

Bahkan, lebih bijak seseorang Melayu UMNO itu, atau individu yang menjadi proksi kepada melayu UMNO itu, nescaya mereka akan lebih berjaya dalam penipuan melampau mereka terhadap warga tulen Sabah.

Sesungguhnya agama Islam yang dijadikan alat propaganda oleh Melayu UMNO, bagi menghalalkan pemberian kad pengenalan (projek) kepada pendatang haram, walaupun seakan suatu yang istimewa dalam konteks kepercayaan beragama, namun ianya tetap menjadi suatu pemecahan sejarah yang mencabar keharmonian kontrak sosial dan kebijaksanaan leluhur warga tulen Borneo, sebagaimana yang telah ditentukan dasarnya dalam ‘Dokumen Perjanjian 20 Perkara’ yang juga menjadi asas kepada pembentukan Malaysia, namun akhirnya, warga tulen Sabah dengan mudah telah menjadi korban penipuan tidak terhingga oleh Melayu UMNO.

Sejak pembentukan Malaysia, Melayu UMNO juga telah menganggap Sabah hanya sebagai harta mereka untuk dieksploitasikan. Tatkala beberapa orang talibarut Melayu UMNO di Sabah disogok dengan kekayaan, sedangkan warga marhaen tulen Sabah dipaksa meneruskan hidup di tengah-tengah pemerasan paling sedih oleh tuan barunya yang bernama Melayu UMNO serta proksinya.

Darah warga marhaen tulen Sabah juga telah dihisap oleh kezaliman Melayu UMNO, dengan melihat warga pendatang haram lebih berhak dijaga atas nama kepentingan agama Islam.

Justeru, hakikatnya adalah demi kelangsungan politik mereka yang begitu menjijikkan dan akhirnya, ‘Dokumen Perjanjian 20 Perkara’ hanya menjadi persetujuan ‘warga tulen Sabah dengan syaitan untuk mendarat di neraka’.-naspazi/s/kini