Saudara Pengarang
Negara tercinta kita ini ramai juga yg berjuang tak berparti. Umpama nya kepada mereka yg melompat keluar dari parti asal mereka.
Kita ‘kenal’ siapa itu Ibrahim Ali, Zaharain, Zulkifli Kulim, dan dua tiga org yg lain tu. Berhatihati sikit dengan puak puak Bebas nii.. mereka ini punya percaturan mengalahkan juak juak Umno lagi.
Memang dah mereka orang bebas, itulah style mereka. Lihat Brahim Ali bila Bersih 2.0 semakin hamper depa ni melilau tak tentu hala. Sekejap buat report itu sekejap bvuat report ini. Baham Tian Chua, kutuk Anwar dan henyak Mat Sabu. Maki sana hamun sini, sehingga SUHAKAM pun dia hentam.
Pening sungguh.. kelmarin Ambiga dia ‘sembur’ sampai ke majlis Peguam dia kata majlis haram jadah. Saya boleh ertikan puak ni lebih teruk dari Umno sendiri, Khairi Jamaludin tak begitu.. walaupun dia bapak pemuda Umno.
Tenguk pulak Zulkipli adun Kulim siapa yg menentang kerajaan dia berbunyi, padahal dia bukanlah orang kerajaan. Najib lawat Turki dia pun turut serta, ntah apa yg dibuat kat tugu Atartuk pun kita tak tahu. Anwar dah jadi seteru utama nya, kat Nik Aziz nampak slow sikit.
Cuma yg sorang ni pulak, masih berhati hati umtuk bersuara, tapi seeloknya beliau tidak menjejaki perangai yg dua tiga orang tu. Cucumatkilau org nya. Kalau disebelah Pahang tu, terdengar jugak depa ni berhasrat untuk bertanding PRU13. Tapi kalau atas tiket Bebas rasanya pening sikit, sebab sejarah dah banyak memberi pengajaran. Jujur, ikhlas dan beragama pun kalau bersaorangan, agak sakit untuk melepasi ranjau… apa lagi dengan keadaan Negara ini yg semakin tak tahu ‘kaler’.
Kita hormati jugak hasrat beliau untuk melawan ‘kerajaan’, dan dia sendiri yg boleh menjawab mengapa dia ingin ‘Bebas’, tak mahu terikat dengan mana mana parti yg lain. Kita tak kata PKR PAS atau PR ‘am nya itu bagus dan sempurna. Tapi kalau bersatu dan kerjasama, jawaban nya ada. Semoga beliau tak terikut ikut dengan rakan rakan yg di atas tadi. - Balok
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
22 hours ago