Israel menyaingi ketangkasan Malaysia bab injin jet

Tuesday, June 14, 2011

F16

Polis Israel mula membuat penyiasatan terhadap jet pejuang F15 dan F16 yg kehilangan injin nya isnin lalu 13/6/2011.

Terdapat juga lapuran yg mengatakan 8 buah pesawat nya yg melibatkan kecurian injin tersebut. Lapur akhbar Maariv. Walau pun pihak tenteranya mengakui kehilangan injin tetapi mereka tidak mengiakan sehingga lapan buah yg terlibat.

Dalam bab ini teringat pula aku kepada kes yg serupa pernah berlaku dinegara kita yg tercinta ini. 1Malaysia tak kurang juga dengan malapetaka begini. Negara kita mengalami nasib yg sama terlebih dahulu dengan jet F5E nya yg injin telah lama ghaib, tapi baru disedari.

Apakah hal pencuri ini? takkan pula pencuri di Israel mengutip pengalaman dari pencuri injin F5E kita. Walaupun kita tiada hubungan diplomatic dengan si-Yahudi itu, tapi bibit bibit ‘kemesraan’ memang ada. Hubungan tak rasmi konon nya.

Kejadian itu berlaku di pangkalan Tel Nof dekat Tel Aviv, yg mana Israel merupakan salah sebuah Negara yg mengawal keselamatan nya dengan teliti.

Mereka tidak pula menceritakan bila kecurian itu terjadi, tetapi hanya menyatakan injin injin itu telah tidak digunakan. Banyak kemungkinan boleh berlaku, orang Yahudi ni bukan boleh dipercayai sangat. Entah bimbang rasa malu kerana Negara nya amat terkawal itu boleh juga berlaku pekara2 begitu. Dalam berita akhbar Maariv juga melaporkan, yg injin injin itu hanya boleh diangkut dengan mengguna kenderaan berat saja. Ada pula beberapa pihak tertentu menaruh kecurigaan yg melibatkan orang dalam.

Jadi tak banyak bezalah dengan Negara kita kalau pasal bab injin injin jet ini, - mengejarcahaya teks kompas