Puak Umno percayakan ramalan PRU 13?

Tuesday, December 27, 2011

Penulis mendapat maklumat dua hari lepas, yg mana akhbar berbahasa cina, China Press di halaman A5 telah menyiarkan ramalan berkenaan pilihanraya umum ke 13 oleh peramal ‘terkenal’ Han Jia Siang. Pada yang tidak tahu, laman A5 ini ialah tempat biasanya China Press meletakkan berita-berita yang eksklusif.

Di dalam ramalan tersebut, Han meramalkan jika pilihanraya itu diadakan pada tahun 2012, BN akan memenangi 143 kerusi parlimen (dari 222 kerusi) dan mengawal 9 negeri, termasuk Kedah yang diramalnya terlepas ke tangan BN semula. Han juga meramalkan Perlis akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Kedah kembali ke tangan BN.

Ramalan Han ini berdasarkan logo 1Malaysia yang mempunyai 9 bucu yg melambangkan 9 negeri yang bakal ditadbirnya.

Setakat yang penulis perhatikan, ramalan ini menjadi bualan hebat di laman media sosial pro BN terutama dikalangan mereka yang diketahui kuat kepada UMNO bagi menyokong teori BN akan sekali lagi berkuasa setelah PRU-13 berakhir.

Sejak bila UMNO menerima pakai ramalan-ramalan yang sedemikian pun penulis kurang pasti. Gamaknya kalau Perdana Menteri Najib tahu 9 bucu pada lambang 1Malaysia yang diciptanya hanya mampu membuahkan 9 negeri, mungkin beliau akan memikirkan kembali dengan menambah 13 bucu pula untuk melambangkan 13 negeri.

Pada penulis, ramalan-ramalan sedemikian boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, lebih lagi bila pertandingan ini begitu mudah, hanya melibatkan 2 pakatan politik, sama ada BN atau Pakatan Rakyat. Kalau tak dia, kita dan begitulah sebaliknya.

Tidak ada apa yang istimewa sangat mengenai perkara tersebut melainkan dikalangan orang cina yang diketahui sangat percaya kepada ramalan-ramalan sedemikian. Tapi jangan dilupa, Han Jia Siang tidakpula punyai rekod ramalan tepat sebelum ini, namanya pun baru sekarang saja kedengaran. Kalau ada yang tepat, itu adalah kerana kebetulan.

Jadi penulis nak nasihatkan para pengundi cina, janganlah sangat terpengaruh dengan ramalan-ramalan sedemikian. Tidak ada apa-apa berkaitan politik ini yang mudah diramal. Apa pun dapatan dari kajiselidik yang dijalankan hanya mampu memberikan indikasi sahaja, keputusan akhir masih lagi ditangan rakyat.

Itu kita bercakap tentang kajiselidik yang mempunyai data yang boleh dilihat dan dikaji, sedangkan ramalan oleh Han Jia Siang ini tidak boleh dikaji pihak-pihak lain melainkan peramalnya sahaja.

Dalam masa yang sama penulis melihat orang UMNO semakin terdesak sehinggakan ramalan-ramalan macam ini pun diangkat menjadi bukti kukuh yang UMNO akan terus memerintah selepas PRU13. Pada penulis, biarlah mereka leka dengan ramalan mereka sementara kita menambah hebat gerak kerja yang penulis percaya sudah pun bermul.
- AZMAN ARIFFIN/ s/kini