Jamil Khir diminta jelaskan kemana RM800,000 lagi

Friday, February 10, 2012


Dalam lapuran audit 2010 bagi Yayasan Taqwa untuk lapuran tahunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP tidak lengkap malah tidak pula dinyatakan kemana pergi nya rm800,000.

Lapuran itu menyatakan memperolehi rm7.78 juta dan mempergunakan sebanyak rm6.98 juta tetapi tidak pula dinyatakan kemana baki RM800.000 itu. Menteri dijabatan Perrdana Menteri Datuk Jamil Khir Bahrom diminta menjelaskan nya.

Pengarah Petugas Zakat Pemuda Pas Kamaruzaman Mohammad juga meminta pihak yg berkaitan dapat menjelaskan nya dan dalam siasatan yg dilakukan nya mendapati yg perbelanjaan pengurusan amat tinggi kerana hampir separuh jumlah nya dengan jumlah yg disalurkan kepada asnaf . Dimana sebanyak rm4.98 juta diberikan kepada asnaf manakala rm2 juta adalah belanja pengurusan. Bagaimana belanja pengurusan nya amat tinggi.

Sebelum ini juga pihak telah didakwa menyalahkan pengunaan wang zakat bagi perbelanjaan proses guaman di mahkamah. – sht 9/2