Kita mula merisik Datuk Hasan Ali

Saturday, February 4, 2012


Parti Kita pula semakin berantakan kebelakangan ini, baru baru ini Kepimpinan nya Zaid Ibrahim berkata kemungkinan Parti Kita dibubarkan dan mengalih untuk menyokong PR.

Diberitakan pula beberapa kepimpinan di peringkat negeri termasuk dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak sebulat suara mendesak Zaid Ibrahim meletakan jawatan nya, kerana gagal dalam menerajui parti Kita.

Ketua parti Kita Kedah Zamil Ibrahim meminta kesemua ahlinya 10,000 bertenang kerana Presiden nya tidak boleh membubarkan parti sesuka hati. Apalagi parti itu bukanlah milik persaorangan, tambah nya.

Dalam perkembangan lain dan dalam masa yg sama perwakilan Kita itu mula menaruh minat dan ingin merisik Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hasan Ali. Katanya lagi “kami ingin bekerjasama dengan Datuk Hasan Ali kerana kami melihat beliau adalah seorang pempin yg tegas dalam perjuangan dan pendirian beliau selari dengan halatuju kami”.

Zamil juga berkata “Kita berada dalam ‘konflik besar’ apabila di Kedah sudah ada 18 orang menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihanray ini, tiba2 parti ingin pula dibubarkan” katanya yg kecewa dengan sikap presiden parti Datuk Zahid Ibrahim. – ahmadzimar/sh