Pas Pahang kena pantau pekara ini

Sunday, February 12, 2012


Pekara pekara begini sepatutnya boleh diminimakan, saya sendiri pun pernah lalui. Memang terasa agak dukacita tetapi oleh kerana ‘perjuangan tetap diteruskan’ kita terus juga menyokong.

Sepatutnya kepimpinan sesekali kena kaji juga bagaimana hasil urus kerja diperingkat bawah jangan dibiarkan begitu saja. Apalah salahnya kalau kita bezakan sedikit dengan pendekatan cara Umno dalam setiap gerak kerja. Umno pun berjuang dan Pas pun berjuang juga.

CMK atau Cucu Mat Kilau melahirkan rasa terkilan nya dengan pengurusan Pas apabila proses permohonan nya untuk menyertai Pas sudah 3,4 kali dibuat sehingga sekarang tiada respon. Kenapa? Saya sendiri rasa dukacita seandainya pekara ini benar berlaku dan takkan CMK sendiri boleh berkata begitu jika ia nya tidak terjadi.

Apa beza CMK dengan orang orang yg lain jika ingin menjadi ahli Pas? Walhahttp://www.blogger.com/img/blank.gifl CMK itu tak kurang juga dengan pengaruh nya khusus di Pahang. Sedangkan sudah terlalu banyak CMK ini turut berceramah dipentas2 Pas..tak mungkin Pas tidak mengenali siapa itu Cucu Mat Kilau.

Saya bukanlah mengampukan dia, tetapi pernah terkena atas batang hidung sendiri. Walaubagaimana pun saya terpaksa telan juga walaupun pahit demi kasihsayang kepada perjuangan dan agama.

Sehinggakan ada pelbagai komen dalam laman Facebook CMK, Pas lebih utamakan artislah, lebih dahulukan yg lainlah..ini kerana bukan sekali beliau menyerahkan boring dah beberapakali. Apa cerita gerakkerjer Pas Pahang agak nya… sehingga pekara2 begini boleh berlaku. Boleh ikuti kesah nya di Pahang Daily Online.