Perdana Menteri Libya Mustafa Abu Shagur telah dipecat daripada jawatannya sebagai perdana menteri Libya, apabila gagal untuk kali kedua bagi mendapatkan kelulusan Parlimen untuk mengadakan kabinet baru nya.
Mustafa Abu Shagur telah dipanggil untuk pembentukan "kerajaan sementara", yang terdiri daripada hanya 10 kementerian.
Ketua Kongres Kebangsaan (GNC) mengundi 125 dan 44 membantah terhadap cadangan itu serta 17 ahli berkecuali.
Shagur adalah Perdana Menteri Libya pertama dilantik berikutan penggulingan Muammar Gaddafi tahun lalu dan beliau hanya memegang jawatan PM lebihkurang 12 saja.
Beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama lebih daripada satu tahun di bawah pemimpin interim Abdurrahim al-Keib.
GNC kini mempunyai tiga hingga empat minggu untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baru. – m/cahaya/ BBC News