Muhammad Mursi Presiden Mesir berucap didepan kubu pembangkang nya dan berkata ‘pinjaman dari IMF sebanyak 4.8 milion dollar dulu adalah selaras dengan prinsip perbankan Islam’.
Ogos lalu Mesir membuat pinjaman dari IMF kerana memulihkan ekomomi nya yg bermasalah disebabkan berlaku nya kekacauan sebelum itu, lapur AFP.
Dengan mengistiharkan jumlah bunga mengikut fiqih Islam, Mursi menjelaskan, "Ini bukan termasuk riba." syariat Islam mengharamkan riba, namun begitu ia membolehkan pemberian keuntungan dari sudut lain.
Berucap dihadapan puluhan ribu rakyat yang berkumpul di stadium Kaherah yang diadakan sempena dengan peringatan ke 39 perang tahun 1973, Mursi mengatakan, "Saya tidak akan mengizinkan bangsa Mesir hidup di bawah pengaruh riba." dan kami lebih memilih untuk hidup kelaparan daripada memakan riba, tambahnya lagi.
Kelulusan pinjaman itu oleh IMF merupakan hadiah besar bagi ekonomi Mesir yang semakin lemah. Masalah ekonomi di Mesir semakin buruk setelah Hosni Mubarak, diktator negara ini digulingkan rakyat pada Februari 2011.
Kesulitan yang dihadapi pemerintah Mesir sekarang bagi memulikan semula masaalah sosial, korupsi dan lemahnya infrastruktur dalam banyak sektor termasuk tinggalan semasa pemerintahan warisan Mubarak dulu. – najaf/AFP