Konvoi Presiden Mauritanian ditembak oleh tentera sendiri

Sunday, October 14, 2012

Semalam berlaku sedikit kegemparan apabila konvoi Presiden Mauritanian, Mohamed Ould Abdel Aziz telah diserang oleh para tentera Negara nya sendiri.

 

Menteri Telekomunikasi Mauritanian Hamidi Ould Mahjoub berkata “konvoi Presiden itu ditembak ketika perjalanan pulang ke ibu Negara nya Nouakchott. Mohamed Ould Abdel Aziz telah dirawat dihospital dan dikawal dengan ketat.

 

Walaupun beliau hanya cedera ringan dan dikatakan serangan itu adalah tidak disengajakan, tetapi serangan itu turut disiasat mengapa ia nya boleh terjadi.

 

Mohamed Ould dipilih sebagai presiden selepas penggulingan kuasa ke atas Sidi Cheikh Abdallahi pada 2008.

 

Mauritania, sebuah republik dengan hampir empat juta penduduk, terletak di sebelah barat benua Afrika dan merupakan negara pengeluar minyak terbaru. Ia berjiran dengan Negara Algeria, Mali dan Senegal. – s/h