Aulia Shaputri, 26
“Tuah badan. Segelintir wanita warga asing yang cantik rupawan boleh naik teksi secara percuma. Tidak perlu bayar sesen,” cerita seorang pekerja kilang dari Indonesia, Reeni, 20.
Menurut gadis itu, kejadian tersebut berlaku di depan matanya ketika dia bersama seorang lagi rakan menaiki teksi ke Kuala Lumpur. “Saya percaya masyarakat tidak menyedari masalah layanan dan sikap segelintir pemandu teksi terhadap wanita warga asing.
“Ada pemandu yang gatal dan mengada-ngada. Ketika kejadian itu, saya dan seorang rakan ke ibu negara dan setelah tiba, hanya saya diminta membayar tambang manakala rakan saya itu diberikan percuma.
“Saya tahu niat pemandu tersebut yang mahu memikat rakan saya kerana dia cantik,” ujar Renee dari Sumatera Utara. Dia menceritakan pengalamannya berkaitan sikap pemandu teksi di Malaysia terhadap wanita warga asing.
Situasi tersebut turut diakui rakan senegaranya, Aulia Shaputri, 26. Gadis Palembang itu berkata, terlalu sukar mendapatkan teksi di kawasan perumahannya di Shah Alam-ANITA ABU HASAN