Masjid, Gereja dan Sinagoga dalam satu bangunan di Berlin Jerman

Sunday, July 13, 2014

DiJerman, telah membuat satu sejarah keagamaan apabila dikalangan rakyatnya yg beragama Islam, Kristian, dan Yahudi bergabung untuk mendirikan tempat mereka dalam satu bangunan yg sama, Cuma dipisahkan oleh dinding2 sahaja.
Perenggan
Bangunan tempat ibadat ini akan menjadi sebuah sinagoga, gereja, dan masjid di bawah satu bumbung,  lapor wartawan BBC, Stephen Evans.

Perenggan
Peraduan mencipta  bangunan ini dibuat dan rekabentuk hasil dari peraduan itu telah  diambil dan dibina, sebuah bangunan besar  konkrit  dengan menara tengah yang tinggi. Di bawahnya dibuat tempat ibadat bagi tiga agama: sinagoga, gereja, dan masjid. Lokasinya cukup strategik, iaitu di Petriplatz, pusat Bandar Berlin.

Perenggan

Seorang pemimpin agama Yahudi yang terlibat, Rabi Tovia Ben Chorin berkata  "Dari sudut pandang Yahudi, kota tempat warga Yahudi dirancangkan sekarang menjadi kota di mana dibangun pusat tiga agama monoteistik ini yang membentuk kebudayaan Eropah," katanya kepada BBC.


Perenggan
Apakah mereka boleh bekerja sama? "Kami boleh, tapi yg menjadi sedikit masalah nya kepada kami ialah kerana terdapat orang-orang di dalam kumpulan masing2 yg tidak dapat menerima cadangan ini, walau bagaimana pun  kita harus memulainya dan inilah yang kami lakukan."

Perenggan
Se orang pemimpin Islam dan Imam yang terlibat, Kadir Sanci, memandang Rumah Kesatuan ini adalah "isyarat kepada dunia bahwa majoriti rakyat Islam cintakan perdamaian dan tidak menyukai kekerasan".

Perenggan
Ini juga, katanya, tempat di mana kebudayaan yang berbeda dapat di wujudkan dan sama2 saling belajar.

Perenggan
Ketiga tempat ibadah bagi agama masing2 ini, Islam, Yahudi dan Kristian di dalam satu bangunan ‘Rumah Kesatuan’ ini akan sama ukurannya, hanya dengan bentuk yang berbeza-beza kata arkiteknya, Wilfried Kuehn.