"Rania" nama Islam bagi Felixia Yeap setelah bermimpi

Tuesday, July 1, 2014

Model dan personaliti media Felixia Yeap telah mendedahkan nama Islam yang bakal dipilih olehnya apabila dia memeluk agama Islam 3 Julai ini nanti, ialah Rania dan Rania ini adalah nama bagi sukukata kedua nama baru nya nanti.

Ilham nama Rania itu dipilih setelah Felixia mendapat mimpi mengenai namanya dan seterusnya mengkaji makna tersebut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya.Felixia dijangkankan mengumumkan nama sepenuh nya nanti dimajlis ucapan syahdah nya itu.



Pendedahan tersebut dibuat oleh Felixia ketika dijemput sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Apa Kata Malaysia yang dikelolakan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Felixia menjelaskan dia memilih gabungan dua nama namun hanya memberitahu Aznil salah satunya adalah ‘Rania’ yang membawa maksud ‘pemimpin yang mempesonakan’.