Tidaklah
terlalu rumit juga untuk merasai suasana Ramadan di Brazil, Walaupun ianya
tidak menyerupai suasana di tempat sendiri di Indonesia, Malaysia dan lokasi
berdekatan misal nya, tetapi ianya cukup member sedikit kegembiraan kepada
kumpulan kami yg sudah berada di sini sejak dua minggu lalu kerana menghadiri perlawanan
bolasepak piala dunia 2014.
Mesquita de centro Islamico do Brasil atau Masjid Al Markaz Al Islami Lil Brazil
Saya
dan beberapa orang rakan dari Jakarta mengambil kesempatan mengunjungi masjid
Al Markaz Al Islami Brazil atau Mesquita do Centro Islamico de Brasilia yg
terletak di pinggir ibu kota Brazil sendiri, Jalan via Norte 5 kawasan Norte
910, Brazil. Norte artinya kawasan utara, untuk menunaikan sembahyang dan
berbuka puasa.
Pada
rabu 3/7/14 lalu tak banyak kenderaan atau kurang sebuk di jalan depan masjid.
Masjid berada di kawasan hujung jalan. Di sekitar masjid ini adalah kawasan perumahan
apartemen, sekolah dan deretan kedai2. Suasana yang agak berbeza sedikit dengan
pusat bandar yang lebih dominan dgn gedung2 dan pejabat2 kerajaan.
Dari
kejauhan sudah terlihat bangunan masjid ini. Menara masjid yang dicat putih
menjulang lebihkurang 15-20 meter. Saya menaiki bas dari kawasan Stadium
Nasional Mane Garrincha dan berhenti di Jalan Via Norte 3 lebihkurang 600 meter
dari masjid. Norte 3 adalah jalan utama yang menjadi laluan bas.
Oleh
kerana bergerak dgn menggunakan bas, kami kemudian nya berjalan kaki ke arah
barat menuju Norte 5. Lebihkurang sekitar 200 meter barulah tiba dan memasuki
halaman masjid, kelihatan tidak begitu ramai para pengunjung yg datang untuk berbuka puasa di masjid.
Dari
halaman masjid kelihatan beberapa buah kereta sahaja, dan dua pemuda duduk di perantaraan salah satu
bangunan di sebelah masjid, Kepada mereka saya bertanya di mana jemaah
berkumpul untuk berbuka puasa. "Silakan masuk ke ruang di sebelah
kanan," kata seorang pemuda berbahasa Inggris. Rupanya ruangan sebelah
kiri digunakan berbuka puasa untuk kaum perempuan, sebelah kanan pula untuk
kaum lelaki.
Di
dalam ada lengkongan 25 orang yg menunggu untuk menikmati makanan yang disajikan
diatas meja di tengah ruangan. Beberapa meja dan kerusi sudah dipenuhi jemaah
yang akan berbuka puasa. Terdapat juga beberapa orang santai saja duduk dilantai
di sudut ruangan.
Imam
Masjid, Syeikh Muhammad Zidan menjelaskan acara berbuka puasa memang menajdi
rutin diadakan selama bulan Ramadan di masjid itu. "Makanan2 disediakan
oleh kerajaan Arab Saudi selama sebulan," kata Zidan, yg berasal dari
Mesir itu.
Menu
yang disediakan hari itu adalah nasi kuning khas Brasil, masakan ayam, sup
ayam, salad dan buah tembikai. Ada juga roti yang sudah dipotong-potong,
diletakkan di atas piring. "Ayo silakan makan dulu," kata seorang Ali
Murtado, pegawai Kedutaan Republik Indonesia yang sering datang untuk berbuka
dan sembahyang di masjid itu.
Di
antara jemaah dimasjid ini terdengar beberapa tetamu bercakap bahasa Arab,
Portugis dan Inggris. – mjr/tribunnews