Ugut bunuh Mukhriz Padi Jantan ditahan

Monday, July 14, 2014

Blogger yang telah membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah ditahan polis di sekitar Lembah Klang 5.45 petang tadi.

Blogger berusia 37 tahun itu yg sebelum ini dikesan membuat ugutan bunuh itu melalui laman Facebook menggunakan akaun 'Padi Jantan'.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, susulan insiden itu lebih 20 laporan polis telah dibuat pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.-s/harian