Melaka sekali lagi mencipta sejarah

Saturday, October 11, 2008



Melaka negeri bersejarah. Tok Khalil Yaakob bekas menteri besar Pahang dibawa ke Melaka menjadi Yang DiPertua, retetan dari itu beliau telah pun menyambut hari jadinya yg ke 70 pada hari ini. Manakala 758 penama akan menerima pingat kebesaran negeri Melaka yg dijadualkan berlangsung hari ini dan besuk.

Yang menjadi ceritanya disini, diantara 77 orang penerima anugerah DMSM yg akan bergelar 'Datuk' itu termasuklah seorang pelakun filem dari India, 'Datuk Shah Rukh Khan', si-setiausha Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata penganugerahan pingat kepada Shah Rukh Khan itu adalah untuk menghargai artis itu dalam sumbangan nya bagi industri hiburan diu peringkat antarabangsa. Beliau menambah lagi 'Shah' juga memberi sumbangan kepada negara kita dalam industri pelancungan apabila beliau datang ke Malaysia untuk menghasilkan satu satu filem' katanya.

Fikir sejenak, di negara kita cukup ramai artis artis yg berkaliber dan Jackie Chan pelakun Hong Kong juga diiktiraf di peringkat antarabangsa dan pernah juga dtg ke Malaysia buat pergambaran filem, apa beliau ini mampu untuk mertabatkan industri pelancungan negara kita?
dan Shah Rukh Khan katanya memberi sumbangan dibidang pelancungan kita apabila beliau datang ke sini, dan berapa kali Shah Rukh Khan datang ke Malaysia? serta dah berapa RM kita telah kutip? ekuran peristiwa itu..

Jika difikirkan seterusnya, apakah nilai gelaran datuk itu di India?

Saadon turut berkata, pelakun2 kita juga diberi anugerah di majlis itu, antaranya Ali Mamak, Andri Goh dan penyanyi 60an Mariam Ahmad tetapi mereka ini di anugerahkan DSM (Darjah Seri Melaka) yang mana tiada apa apa gelaran. Apa cerita?

Anugerah kepada Shah Rukh Khan akan diberi pada satu tarikh lain yg akan akan ditetapkan nanti, tambah Saadon Basirun lagi.
Yang nyata masih ramai lagi artis artis luar yg datang ke negara kita untuk membuat pergambaran filem, dan tunggulah giliran nanti agaknya.

- manjera/rf/Bernama
READ MORE - Melaka sekali lagi mencipta sejarah

.. he.. banyak nya cerita,.. pot.. pet.. pot.. pet..

Friday, October 10, 2008


Raya puasa sudah lama berlalu, sebulan kita menahan lapar dahaga serta hal hal yg kurang baik dari sudut agama kita dan kini bermula episod syawal juga masih mungkin ramai yg masih lagi belum menyambut raya 6.

Pelbagai 'documentry' mula memenuhi sajian kita, al kisah pertikaian replika Anwar Ibrahim nya, pelberantakan memenuhi jawatan timbalan perresiden, ketua pemuda UMNO dan sebagainya. Dengan parti Gerakan dengan kesah rumahtangga nya, apa pula dengan pengkesahan HINDRAF yg terus diperjudikan di media media utama mahu pun dengan isu hangat "kau pergi jua" duhai PM ku.. dan bermulalah era si-Najib memburu kerusi utama nya. Banyak perlu diambil kira dengan menjelangnya syawal ini, dan tidak ketinggalan juga dengan 'susulan' perletakan jawatan mufti Perlis yg terus berkocak dek pelbagai angkara.

Walau pun demam peralihan kuasa masih lagi belum reda sepenuhnya, kita semua bakal menempuhi pelbagai gelombang politik yang tidak menentu. Tanda tanda berantakan perkembangan politik tanah air semakin jelas mutakhir ini. Sama samalah kita semua dapat mengharungi gelombang ini dengan baik dan terus berfikir untuk kepentingan agama dan bangsa.
READ MORE - .. he.. banyak nya cerita,.. pot.. pet.. pot.. pet..

Shahidan Kasim mula berdendang

Thursday, October 9, 2008



Bekas MB Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Perlis tidak sambung kontrak Mufti Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.Katanya kepada wartawan petang Isnin sebenarnya kerajaan pimpinannya telah sambung kontrak berkenaan yang sepatutnya habis Oktober ini dua tahun lagi pada bulan Januari lalu.Beliau bertanya apakah kerajaan negeri nak bersikap seperti kerajaan-kerajaan di Afrika yang bila tukar pimpinan semua keputusan dah tak digunapakai lagi.Shahidan menilai Dr Mohd Asri sebagai seorang ilmuan Islam yang popular dikalangan rakyat.Beliau mencadangkan kerajaan-kerajaan negeri lain memberi tempat kepada Mufti Perlis itu untuk membolehkannya menyambung khidmat dalam bidang keagamaan.- a/daily
READ MORE - Shahidan Kasim mula berdendang

Berita hanya dari Polis tanpa ke lokasi kejadian

Tuesday, October 7, 2008

KUANTAN, 1 Okt (Bernama) -- Seorang anggota polis melepaskan 58 das tembakan ke udara dipercayai akibat mengalami tekanan dalam satu kejadian di Kampung Selendang, Padang Tengku, Kuala Lipis. Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Abdul Razak Hassan berkata, anggota polis berusia 22 tahun itu bertindak demikian pada pukul 6.30 pagi di kawasan berhampiran satu tanah perkuburan Islam. "Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penempatan agak jauh dari kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Ketika kejadian, hanya anggota berkenaan yang berada di tempat itu. Katanya, anggota polis itu yang baru berkhidmat selama tiga tahun, turut melepaskan tiga das tembakan ke arah keretanya sendiri. Beliau berkata anggota polis itu membawa pulang pistol yang sepatutnya ditinggalkan di tempatnya bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan. Anggota polis itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan polis masih menyiasat punca dia bertindak demikian, kata Abdul Razak.- Bernama

Ada beberapa perkara dan fakta yang telah disalah lapor oleh pihak media berhubung dengan kejadian sebenar insiden ini, iaitu ;-

http://buletinonline.net/images/berita12/58das13.jpgBukan Pistol, 2 Buah Raifel M15 Juga Digunakan

Untuk makluman kes tersebut melibatkan seorang anggota polis yang berumur 22 tahun dan bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan. Menurut maklumat beliau dikatakan dalam perjalanan ke satu tempat untuk melakukan "jihad", lantaran itulah beliau membawa begitu banyak senjata.
Beliau menaiki sebuah kereta Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran BDC7918. Siasatan kami senjata dalam kes berkenaan bukan sahaja sepucuk pistol biasa malahan juga turut melibatkan dua pucuk senapang Raifel M15 (Sila lihat foto) serta terdapat begitu banyak peluru hidup termasuk 2 set peluru M15 yang masih belum digunakan.

Disamping itu juga beliau turut membawa kayu belantan, beberapa buah kitab dan lain-lain barangan yang dipercayai untuk tujuan "jihad" berkenaan. Beliau dikatakan dalam perjalan ke sebuah lokasi berhampiran Padang Tengku-Merapoh yang dikenali sebagai "Bukit Tujuh".

Laporan polis mengatakan suspek hanya membawa pistol adalah tidak benar sama sekali. Mana mungkin pistol boleh mengeluarkan sehingga 58 das peluru ditembak ke udara?
.


http://buletinonline.net/images/berita12/58das10.jpgmendapatkannya daripada pihak polis.

Sebenarnya kejadian itu bermula sejak jam 6 pagi lagi dan berakhir hampir 2 jam kemudian. Ini menyebabkan penduduk setempat berada didalam ketakutan ketika solat sunat Aidil Fitri. Difahamkan kereta yang dinaiki oleh anggota polis terbabit telah kehabisan minyak dan terhenti dikawasan berkenaan. Lihat foto dibawah yang diambil dari lokasi kejadian.http://buletinonline.net/images/berita12/58das8.jpg

Suspek Dalam Tugas Dan Memakai Seragam Polis

Setelah kehabisan minyak, anggota polis yang berpakaian seragam dan berkopiah itu keluar dari keretanya dan mundar-mandir sambil memegang "pistol" ditangannya. Ketika itu beliau tidak menganggu dan menembak. Beliau hanya ke hulu ke hilir seperti orang kehilangan arah. Terdapat saksi yang telah menghubungi pihak polis, namun polis yang menerima laporan tidak mempercayai bahkan melayan panggilan ersebut. http://buletinonline.net/images/berita12/58das3.jpg

Mungkin beliau berangapan perkara itu adalah satu permainan semata-mata. Pihak terbabit terpaksa pergi ke balai, hanya dua orang polis yang bertugas di balai berkenaan. Setelah laporan dibuat, maka polis terbabit mengikuti beliau untuk memastikan bahawa apa yang dilaporkan itu adalah benar ataupun tipu.
Memandangkan hanya dua anggota polis bertugas, maka seorang sahaja yang telah pergi ke tempat kejadian dengan pengadu. Polis terbabit juga pada awalnya tidak percaya pistol yang dipegang oleh suspek adalah pistol sebenar. Lalu cuba menghampiri suspek menerusi "longkang" yang berdekatan.

Suspek mula menembak setelah menyedari ada pihak polis datang dan cuba untuk mengganggu beliau ketika itu. Maka bermulalah aktiviti tembakan kepada polis terbabit dan juga ke udara. Keadaan ketika itu umpama ada pesta "main mercun", tambahan pula ketika itu adalah pagi Hari Raya Aidil Fitri.

Tembakan bukan sahaja ditujukan ke udara dan kenderaaan suspek sendiri. Malahan lebih parah lagi ia juga ditujukan kepada orang awam yang melalui kawasan itu. Suspek dikatakan berdiri ditengah jalan sambil menghalakan
senjata kepada kenderaan yang lalu lalang. Difahamkan ada mangsa yang hampir terbunuh dalam kejadian tersebut. Mangsa dikatakan akan membuat "saman" atas kes ini. Mangsa dikatakan melalui jalan berkenaan walaupun keadaan "berbahaya" ketika itu kerana tiada anggota polis yang mengawal lalulintas. Tiada sekatan atau pun lencongan dibuat, menyebabkan kenderaan mangsa meredah laluan berkenaan. Mujurlah mereka tidak terbunuh.


Kesan tembakan pada cermin kenderaan suspek, foto kanan kayu belantan
yang turut dibawa oleh suspek semasa kejadian "ngeri" inihttp://buletinonline.net/images/berita12/58das1.jpg

Kejadian tembakan hanya dapat ditamatkan setelah 3 orang anggota polis dari Balai Polis Lipis yang lebih profesional untuk memujuk suspek tiba. Akhirnya suspek menyerah diri dan dibawa dengan kenderaan polis terbabit ke balai polis. Kejadian itu berakhir dengan tiada korban manusia, namun terdapat beberapa penyelewangan fakta dan tindakan pihak polis yang sebenarnya boleh mengancam keselamatan orang awam.

-Pahangdaily

READ MORE - Berita hanya dari Polis tanpa ke lokasi kejadian

Jika Tentera Perancis terus serang, TLDM pula cuma bayar wang tebusan - episod Somalia

Saturday, October 4, 2008


Pada 2 september 2008 sebuah kapal layar Perancis 'Carre q'as' ditawan lanun diperairan Somalia, pihak kerajaan Perancis menghantar angkatan tentera lautnya yang memantau secara dekat oleh frigete le Courbet ke atas pergerakan kumpulan lanun itu selama sepuluh hari.

Tengah malam 16 september anggota2 komando tentera laut Perancis itu diterjunkan dengan payung terjun ditengah laut berhampiran tenggara Somalia. Pihak lanun itu meminta wang tebusan sebanyak 1 juta euro (RM4.8 juta). Lanun2 ini mempunyai sistem yang baik dengan menggunakan 8 hingga 10 anggota bagi sesebuah bot yg cukup laju dalam operasinya menyerbu kapal kapal yg ingin ditawannya, serta menggunakan senjata senjata yg baik. Bagi kapal kapal yg ditawannya, akan dibawa ke pelabuhan Eyl, Puntland diutara Somalia yg pernah mengistiharkan mereka bebas merdeka dari Somalia pada 1998 lalu.

Pihak angkatan laut Perancis terus menyerbu anggota2 lanun ini sebelum kapal layar yg ditawannya di bawa ke pelabuhan tersebut, yg mana disana anggota2 lanun ini begitu ramai untuk mengawasi kapal yg di tawannya. Dalam operasi serbuan itu tentera Perancis berjaya membebaskan semua tebusan dan membunuh sorang lanun dan menahan enam yg lain. Kesimpulannya, tebusan selamat dan wang tebusan gagal di miliki oleh lanun lanun itu.

Bagi TLDM kita pula, kerajaan menghantar KD.Kasturi dan KD.Inderapura bagi menyelamat dua buah kapal MISC Bunga Melati 2 dan sepuloh hari kemudian Bunga Melati 5 yg berlaku pada 19 ogos lalu. Runding punya runding maka tercapailah' kata sepakat' dan bergembiralah di lanun lanun itu menerima wang berjuta juta. Bila dibaca dimedia perdana, berapa jumlah tersebut, "o.. oo.. ini kita tak boleh hebahkan nanti apa pula anggapan pihak lain".. dan satu cerita lagi " ha.. ini adalah hariraya buat kita semua".. tebusan kita dibebaskan dan seorang terbunuh kerna peluru sesat.

Dibebas setelah dibayar atau kita dapat hadiah raya kerana setelah dibayar. Berapa jumlah wang tebusan kita tak tahu.. itulah kekuatan kerajaan kita dan TLDM yg diwar war saban ketika, sehinggakan lapuran Bernama 4hb10, menyatakan TLDM setaraf dengan Perancis, Kanada, Denmark, Endgland, Amareka dan Sepanyol semasa di Somalia dan sama samalah kita fikirkan.

- Em-JR/rf/B/Online



READ MORE - Jika Tentera Perancis terus serang, TLDM pula cuma bayar wang tebusan - episod Somalia

Rancangan hiburan RTM memeriahkan sambutan Aidilfitri

Wednesday, October 1, 2008








Kemeriahan aidilfitri akan kurang dirasakan bagi umat Islam dinegara kita seandainya setesen2 TV mahupun radio dinegara ini tidak mengadakan proram2 hiburan yg siarkan ketika menyambut hariraya, dan begitulah saban tahun RTM menyiarkan rancangan2 nya.

Pekara ini di sentuh oleh Pak Menteri Penerangan kita Shaberi Cik ketika melawat konti Bernama Radio 24 pagi tadi. Sesetengah masyarakat kita agak terkilan dengan pandangan ini, seoalah olah kedangkalan ini agak serius dalam menangani bibit bibit keceriaan hariraya yg disambut umat Islam secara am nya. Kemuliaan hariraya tercemar dengan program2 yg membelakangi ketetapan agama kita Islam. Kesuaian dengan hariraya ia itu hari kemenangan kita dalam menjalani ibadat puasa selama sebulan amatlah ketara jika dihubung kaitkan dengan program 2 yg disiarkan. Hiburan yg melampaui batas dengan muziknya, dengan cara berpakainya nya mahupun pergaulan yg tak selari dengan keberkatan hari mulia itu.

Menteri ini terus berkata, keriangan hariraya cukup meriah bagi segenap lapisan masyarakat di negara ini, sebagai contohnya dengan penyiaran lagu lagu raya oleh setesen2 radia tv kita. Sepatutnya beliau harus berfikir lapisan masyarakat yg bagaimana dapat menerima rancangan2 itu? dan jangan hendak disamakan sambutan hariraya dengan sambutan hari merdeka atau pun malam tahun baru. Beliau kena tahu apa itu "hariraya aidilfitri" jika pendapatnya itu yg diterapkan kepada masyarakat kita, maka terbukalah jalan pintas kemurkaaan Illahi.

Shaberi Cik juga menasihati rakyat agar berjimat cermat dalam berbelanja di hari raya, kenapa beliau tidak menasihatkan 'bukan rakyat' untuk berjimat cermat? mujur si-menteri ini tidak menyarankan supaya rakyat berkongsi kereta untuk pulang ke kampong.
READ MORE - Rancangan hiburan RTM memeriahkan sambutan Aidilfitri

Peralihan kuasa & hari terbuka


Pm kita Abdullah Ahmad Badawi, berkata plan peralihan kuasa yg dijadualkan pada jun 2010 tak dapat dilaksanakan dan beliau sebaliknya akan bersara lebih awal lagi. Beliau menyatakan hal ini dimajlis sambutan aidilfitri di PWTC Kuala Lumpur. Sebelum itu beliau menghadiri majlis terbuka yg diadakan di istana negara bersama isterinya, juga turut dihadiri oleh bekas PM Tun Mahathir dan Datin Rosmah.

Beliau akan menetapkan tarikh yg sesuai dan dipercayai minggu depan untuk berjumpa ketua2 parti komponen BN bagi menyatakan pendirian beliau tentang peralihan kuasa itu.

Dato sri Abdullah Ahmad Badawi yg mengadakan majlis sambutan hari terbuka hari raya saban tahun sejak empat tahun lalu yg memudahkan beliau untuk bertemu para pemimpin dan rakyat.
Majlis itu diadakan pada jam 11.00 bagi para pembesar dan 12.30 pth hingga 4.30 petang bagi kunjungan rakyat dan dijangkakan 200,000 orang akan menghadiri nya.
- Em-JR/ref/mStar
READ MORE - Peralihan kuasa & hari terbuka