Ahli politik kata ya, si-penyanyi kata tidak

Saturday, November 29, 2008

Image Hosted by UploadHouse.com

Di kongres Parti Keadilan Rakyat, seorang perwakilan AMK Zabidi Abas menyatakan penyanyi popular masakini Mawi pernah membantu PKR ia itu memasang poster di Kulai Johor pada 1999 yg lalu. Beliau dari Kulai dan Mawi juga dari Kulai katanya sama sama memasang poster dan memanjat pohon kelapa dan Mawi bekerja dibawah jentera nya, disambut sorakan gemuruh dari para perwakilan. Ucapan beliau semasa membahas ucapan dasar yg di bentangkan oleh ketua AMK Shamsul Iskandar.

Sementara itu pada 28/11, Mawi menafikan dakwaan tersebut setelak di asak dengan pelbagai pertanyaan, benarkan beliau ahli PKR, "mana ada? mana bukti"? lagi pun pada 1990 beliau belum lagi mendaftar sebagai pengundi di SPR. Mawi berkata semasa ditemui wartawan di Studio Sri Pentas 2 Shah Alam ketika majlis saringan separuh akhir rancangan muzik muzik. Tambahnya beliau ingin menumpukan kerjayanya dan mengambil sikap nuetral dalam hal hal politik tanah air.

Kesimpulannya bagaimana? itulah retorik politik tanah air kita. Tepuk dada tanya selera.. kerbau sekandang sudah sah di ketahui jantan betina nya.

- editor
READ MORE - Ahli politik kata ya, si-penyanyi kata tidak

Tanpa wang pemilihan pincang

Friday, November 28, 2008

Image Hosted by UploadHouse.com
PM Malaysia Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi , memberi amaran kepada semua ahli ahli
UMNO yang bertanding dalam persidangan nya nanti, kepada mana mana calun yang 'merangkum gejala wang' dalam pemilihan nanti akan dilucutkan jawatan sekira nya mereka menang. Bab 'duit menjadi raja' dalam pemilihan ini tak perlulah nak diperkatakan.. sudah boleh @ pun boleh di kategorikan "kalau tidak dengan itu" sistem pemilihan akan pincang, memang tak adapat nak di elak. Tempuhi dan lalui saja, cuma pandai pandailah dengan pembawakan nya. Dah berpuluh tahun dah.. tak kiralah dalam pemilihan parti mana sekali pun.

Sejak dari dulu @ lebih kurang setengah abad pekara pekara begini di sentuh, namun setiap pemilihan berjalan terus dengan hasil yg terjemah begitu saja. Baru baru ini lembaga disiplin Umno berkata, 30% lapuran yang dibuat setakat ini hanya berunsur fitnah. Ini bermakna 70% lapuran itu adalah benar, kalau 70%.. ianya bukan sikit. Lapuran akan disiasat sebanyak mungkin sebelum hari pemilihan katanya, agaknya bagaimana pula jumlah satakat hari ini. Tunggulah apa kataTan Seri Ahmad Rithauddeen nanti.

Kalau siasatan agak kemas atau detail, rasanya banyak juga 'kerusi akan kosong' dan kenalah buat pemilihan lain untuk mengisi kekosongan. Bapak menteri kita ini pun nanpak nya semakin tegas, kenapa tak bertegas dari dulu semasa mula jawatan di pegang? sekarang nampak serius sikit apabila jawatan tak berapa nak dipegang lagi..

- 2rasa/november 08
READ MORE - Tanpa wang pemilihan pincang

‘Double Standard’ MAS terhadap Islam Amat DiKesali

Monday, November 24, 2008


http://buletinonline.net/images/berita14/mas.jpg


MAS bersifat ‘talam dua muka’ dengan ‘mengharamkan’ pemakaian tudung kepala dikalangan kakitangan wanita, namun demikian berupaya pula memberikan khidmat peramugari yang memakai tudung untuk penerbangan Haji.

Malaysia yang mengaku sebagai sebuah ‘Negara Islam’ sepatutnya mencontohi Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) dan Penerbangan DiRaja Brunei (Brunei Royal) yang mewajibkan peramugari memakai tudung,


“namun MAS telah meletakkan peraturan ‘mengharamkan’ peramugarinya memakai tudung sebaliknya boleh pula dilaksanakan untuk beri khidmat kepada bakal-bakal haji yang naik kapalterbang untuk menunaikan fardhu Haji,”kata Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik.

Beliau kesal dengan pihak pengurusan tertinggi MAS khususnya Ketua Pegawai Operasi MAS, Dato’ Idris Jala yang juga orang Islam sepatutnya mengetahui sensitiviti ini.

Menurutnya dengan menyediakan khidmat peramugari bertudung untuk penerbangan haji bermakna MAS berupaya memberikan khidmat selaras hukum Islam.

Katanya PIA dan Brunei Royal tidak menerima apa-apa kesan dari pelbagai bangsa dan ugama yang menaiki pesawat penerbangan tersebut walaupun peramugari mereka bertudung,

“ini menunjukkan bahawa ‘bertudung’ merupakan kod etika pakaian Islam yang diterima oleh universal,”katanya

Selain itu, perkara yang lebih buruk, kata beliau, MAS masih menyediakan ‘arak’ sebagai minuman yang ditawarkan kepada pelanggannya.

“arak boleh membahayakan bukan sahaja kepada orang yang minum, tapi kepada penumpang dan kapalterbang, bila minum arak, mabuk, macam-macam boleh berlaku,”kata beliau.

Katanya PAS sudah lama menyuarakan dan menentang perkara ini dan berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan sewajarnya.

oleh SM Noor/B/online
READ MORE - ‘Double Standard’ MAS terhadap Islam Amat DiKesali

Aku & Ketua Pergerakan Wanita

Saturday, November 22, 2008



Image Hosted by UploadHouse.com

Saya bukan gila jawatan kabinet, kata Bu menteri kita Rafidah Aziz, malah sebalik nya ia ingin mengukuhkan kedudokan wanita umno dalam BN yg mana kalah teruk dalam pilihanraya ke 12 baru baru ini. Pekara ini dijelaskan nya apabila menyentuh hasrat naib ketua wanita umno Sharizat Ab.Jalil yg mengumumkan akan menentang beliau dalam kancah perebutan ketua dalam pergerakkan itu.



Kerja gila, jika ada orang yg berkata beliau akan mengekal jawatan ketua wanita hanya kerana menginginkan jawatan di cabinet, tambah si-menteri yg paling lama memegang jawatan dalam kebinet ini.

Seandainya beliau terus memegang jawatan tersebut, tidak semestinya pergerakan itu terus kukuh di persada politik hari ini sebagaimana yg didakwa nya sebelum ini. Jika pergerakan itu tetap kukuh di bawah kendalian nya, mengapa pula terlalu banyak cawangan di seluruh Negara mula beralih rasa memertabatkan Sharizat pula untuk meraih tempat utama pergerakan itu.



Takkan beliau sudah melupai pelbagai tindak tanduk nya sebelum ini yg begitu memualkan di kalangan regu nya sendiri. Pihak pembangkang juga terlalu banyak menghentam beliau dari segenap sudut, apa cerita dengan menantu nya malah Ezam Mohd Nor sendiri pernah mengaitkan dapa ni di muka pengadilan, namun ia gagal utnuk ke mahkamah.

Tun Mahathir juga dengan lantang menyuruh Rafidah memberi penjelasan isu yg membabitkan survival proton mahu pun AP yg cukup memuncak suatu ketika dahulu. Yang mana puan Rafidah ini Cuma menjelaskan hanya melalui surat sahaja kepada bekas PM itu, hal ini di anggap kurang bersopan, apalah salah nya jika beliau sendiri mengunjung Tun Mahathir untuk membuat penjelasan, malah Tun Mahathir bukanlah asing bagi nya.

Beliau agak terkilan dengan hasrat naib pergerakan wanita itu yang tidak mampu menunggu peralihan kuasa yg di jadualkan. Dalam lapuran Agenda Daily 22//11/08 beliau adalah menteri yg paling lama memegang jawatan di kabinet.

- an nur/editor

READ MORE - Aku & Ketua Pergerakan Wanita

warna empat mencelah rasa

Friday, November 21, 2008

MERAH tidak bisa diam lebih lama dan berteriak:
"Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah - darah kehidupan!
Aku adalah warna bahaya dan keberanian.
Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa.
Aku membawa api ke dalam darah.
Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan.
Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy."


KUNING cekikikan:
"Kalian semua serius amat sih?
Aku membawa tawa, kesenangan dan kehangatan bagi dunia.
Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning.
Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum.
Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan."

BIRU menginterupsi:
"Kamu hanya berpikir tentang bumi,
pertimbangkanlah langit dan samudra luas.
Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan
awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan.
Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan.
Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa"

HIJAU berkata:"Jelas akulah yang terpenting.
Aku adalah pertanda kehidupan dan harapan.
Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan.
Tanpa aku, semua hewan akan mati.
Lihatlah ke pedesaan, aku adalah warna mayoritas... "

Dan aku jualah yg menjadi lambang Parti Islam Se Malaysia PAS Malaysia,..PAS!

-email by lily.miss/ editor mengejar cahaya

READ MORE - warna empat mencelah rasa

Larang langgar fatwa & boleh langgar fatwa

Image Hosted by UploadHouse.com

Image Hosted by UploadHouse.comHari ini gegak gempita dengan isu pertikai fatwa pengkid. Perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan memang diharamkan oleh Islam. Hukumnya jelas. Haram tetap haram. Susulan itu pihak polis beri amaran kepada sesiapa yang pertikai keputusan fatwa.

Seharusnya kita tidak lupa, sebelum daripada ini PAK LAH dan pemimpin UMNO merupakan pelopor kepada tindakan mempertikai fatwa. Fatwa secara jelas HARAM MELETAKKAN KALUNGAN BUNGA DI TUGU NEGARA. Tetapi pemimpin negara kita saban tahun memijak fatwa ini dengan mengadakan juga upacara kalongan bunga pada tugu negara pada setiap 31 Julai sempena hari Pahlawan.

Upacara Kalongan Bunga pada tugu negara tahun 2007

Upacara Kalongan bunga pada tugu negara tahun 2008

Jangan hanya marah pada orang yang pertikai fatwa, kita juga mesti marah pada orang yang melanggar fatwa. Kedua-dua aliran ini mesti ditentang

Lampiran: Fatwa tersebut seperti dibawah
Fatwa Pulau Pinang
bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Fatwa Pahang
di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan

Fatwa Perlis
bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90. Ayat itu bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab (berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

- email by Saiful Ronan
READ MORE - Larang langgar fatwa & boleh langgar fatwa

"selama ini Raja Petra berapakali pergi solat jumaat?"

Wednesday, November 19, 2008

Photobucket

Akta keselamatan dalam negeri, ISA seringkali di pertahankan akan 'keagongannya' oleh pihak kerajaan kita selari dengan pendokong pendokong utama nya yg terus mendaulatkan akta itu, yang mana semakin bersemarak kebelakangan ini.

Para pembangkang terus memainkan peranan nya untuk menafikan kedudokan akta tersebut seiring dengan laungan laungan nya di parlimen mahupun memperjuangkan nya di jalan jalan raya. Itulah kekuatan pembangkang yang ada.

Baru baru ini, bersama wartawan mStar menteri di jabatan perdana menteri, Dato'Zahid Hamidi dengan lantangnya menyelar bekas tahanan ISA Raja Petra yg mempertikaikan prosedur ISA yg melarangnya menunaikan sembahyang jumaat. Pak menteri ini juga berkata "bukan nak menuduh, tapi sudah berapakali Raja Petra pergi bersembahyang jumaat selama ini?" beliau berkata demikian ekuran dari lapuran polis yg dibuat Raja Petra terhadap kem Kemunting kerana tidak membenarkan nya menunaikan sembahyang jumaat.

Zahid menegaskan "solat jumaat memang tak diizinkan pada tahanan ISA, jangan bagi alasan untuk mempertikaikan nya"

.. dan tambahnya lagi, sepatutnya penulis blog
Malaysia today itu tidak mencabar aspek agama Islam yg telah ditetapkan, kata nya.

Entahlah aspek dari sudut mana yg diambil dan jika 10 tahun di tahan akta ISA, bermakna 10 tahun tak sembahyang jumaat, Malaysia tanah air ku!

- matjejakrasul/mStar 19/11

READ MORE - "selama ini Raja Petra berapakali pergi solat jumaat?"