Mengharapkan Polis Indonesia meminta bantuan?

Wednesday, August 12, 2009


Sebuah pasukan keselamatan di Malaysia yang segani sesuailah dengan ertikata selogan '' Bersih Cekap Amanah'' '' Mesra , Tepat ,Tegas'' , ''Anti Rasuah ''.. itulah kebanggaan kita sebagai rakyat di Malaysia tercinta dan dapat hidup dengan aman damai. Keamanan negara tetap terjaga. Kecekapan pasukan Polis kita tidak dapat di sangkal lagi dalam membendung pelbagai kegiatan jenayah dan ketangkasannya semakin meyerlah apabila sesuatu kes yang mengaitkan pihak pembangkang.

Soal rompakan, bunuh dan rogol itu sudah menjadi rutin harian tetapi sekiranya ia berkaitan dengan politik tidak kira apa saja sanggup diguna termasuk kereta perisai dan helicopter untuk mengawal pilihanraya kecil. Tidak kurang puluhan ribu anggota di tugaskan untuk satu saru pilihanraya kecil.




Kecekapan pasukan polis kita semakin di iktiraf umpama nya ketika ketangkasan mengawal orang ramai berarak untuk menyerahkan memorandum ke istana Negara, squad FRU bersama water canon dan tembakan gas pemedih mata digunakan serta tangkapan ke atas mereka itu. Siapa yang mengiktirafkan kecekapan pihak polis itu pun, kita tidak mengetahui.

Baru baru ini termasuk berita semalam, PDRM masih lagi belum menerima permohonan dari pihak polis Indonesia bagi mengenal pasti identity suspek yang di tembak mati oleh polis Indonesia. Orang yang ditembak sabtu lalu di Pengerang Jawa Tengah itu di percayai Nordin Mat Top yang di katakan penyebab beberapa siri pengeboman di hotel hotel di Indonesia.

Tan Seri Musa Hassan, Ketua Polis DiRaja Malysia berkata “belum ada perkembangan lagi tentang pekara itu (permohonan Polis Indonesia) dan PDRM sedia membantu untuk mengenali suspek yang di tembak itu” kata nya ketika di hubungi Sinar Harian disini semalam. Tambahnya “pihak kita akan membantu dalam penyiasatan ke atas pekara pekara yang belum di siasat sebelum ini”

Dalam akhbar akhbar tempatan sebelum ini pun ada beberapa berita yang menyebut pihak polis Malaysia meminta agar pihak polis Indonesia meinta kerjasama dari polis Malaysia bagi memastikan suspek yang di tewaskan itu adalah Nordin Mat Top.

Sehingga semalam pun suspek yang dibunuh itu masih di pertikaikan sama ada Nordin Mat Top atau sebaliknya. Kesan cap jari dan DNA tidak menyerupai kepunyaan Nordin Mat Top itu sendiri. Malah di pihak keluarga mangsa turut menafikan yang di tembak itu adalah Nordin Mat Top.

Mungkin juga pasukan polis kita mempunyai kepakaran dalam hal ini. Dalam beberapa berita itu tadi, solah olah polis Malaysia pula yang mengharapkan pihak polis Indonesia supaya meminta bantuan dari nya. Itulah kewibawaan polis kita dan semuga terungkai bermacam jenayah di Negara kita.

READ MORE - Mengharapkan Polis Indonesia meminta bantuan?

3 dibebas termasuk Adun Terengganu?

Friday, August 7, 2009

Tiga lelaki termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu dibebaskan dengan jaminan, hari ini.

Mereka dibebaskan selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, memerintahkan setiap seorang membayar jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin sehingga tarikh perbicaraan kes itu ditetapkan kelak.



Peguam bela Adun berkenaan, Syed Azimal Syed Abu Bakar, berkata semua yang dibebaskan diminta melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan ditetapkan.

Menurutnya, perintah berkenaan dibuat dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan semalam adalah cuti hujung minggu bagi Terengganu.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh dihantar ke Hospital Daerah Kemaman selepas seorang daripada mereka mengadu sakit dada bagi membolehkan dia menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum prosiding diteruskan.


Ketiga-tiga tertuduh tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi menaiki tiga kenderaan dan dua daripada mereka termasuk Adun terbabit dilihat memakai topeng penutup muka dan topi.

ulasan:

Berita di ambil dari Harian Metro, lapuran nya mengatakan Adun Terengganu dan mengapa tidak di sentuh kawasan yang di wakilkan nya, iaitu DUN Kemasek. Lantas menutup muka, kalau tidak bersalah apa perlu di takutkan.
Kalian merasakan begitu malu dan menutup mula, walaupun kesalahnya belum terbukti lagi. - sedutan metro
READ MORE - 3 dibebas termasuk Adun Terengganu?

forumer tko & blogers di majlis Ir.Nizar Jamaludin

Thursday, August 6, 2009

Gambar: terserempak forumer tko

5hb ogos lalu saya berpeluang untuk menghadirkan diri di majlis makan malam bersama Mohd Nizar Jamaludin yang juga merupakan ahli Parlimen Bukit Gantang Perak.

Majlis itu di bawah anjuran Pas Kawasan Chukai Kemaman dan bertempat di Restoren Sri Kalongan Bukit Kuang bersempena kutipan dana pilihanraya ke 13. Selepas jam 9.00 malam para tetamu terus membanjiri dewan makan, kedatangan para jemputan semakin ramai selepas selesainya majlis nisfu saaban dimalam itu. Dimalam itu juga pihak penganjur mengadakan majlis ini semoga beroleh keberkatan dari maha pencipta nya, insya Allah.

Ketibaan Ir.Nizar Jamaludin ke majlis itu di sambut meriah oleh pimpinan Pas kawasan Chukai dan para tetamu yang lain. Beliau tiba dalam perjalanan dari Kuala Terengganu, setelah melawat keruntuhan Stadium Sultan Mizan I sebelah siang nya.




Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid kumpulan dari Kuantan, dan diteruskan dengan jamuan makan malam. Makanan yang disajikan berkonsepkan ‘masakan Thailand’ yang tidak dapat di nafikan akan ke enakannya.

Tetamu dari pelbagai peringkat yang memenuhi dewan makan dan dibawah kanopi tambahan di sediakan juga dengan empat biji TV besar dan satu screen pemancar bagi memudahkan pihak penganjur menyampaikan maklumat dan ucapan dari pimpinan setempat mahu pun Mohd Nizar sendiri. Sekumpulan hadirin dari bangsa Cina turut berada di majlis itu.
Ir.Nizar dalam ucapannya turut menyentuh beberapa ‘insiden’ politik semasa termasuklan perkembangan berita kematian Tan Beng Hock, kerajaan perpaduan, peristiwa beliau memegang lilin dan beberapa isu yang memeritkan sesetengah pihak. Ucapanya cukup lantang dan bernas di selang seli dengan ucapan dalam bahasa mandarin dan nyanyian ‘lagu bulan’ dalam bahasa china. Para hadhirin cukup terhibur dengan gelagatnya pada malam itu.

Saya sendiri tidak duduk diam pada malam itu, dan masa banyak dihabiskan di dewan utama tempat para pimpinan menyampaikan ucapan. Entahlah mungkin ‘buat buat sebuk’ agak nya. Disamping itu juga berkesempatan berbual bual dengan ‘press’ yang menjalankan tugas masing masing. Turut ditemui juga beberapa orang ahli ahli Tko atau Tranungkite Online serta wartawan Buletinonline. Diatas sebab sebab tertentu wa tak dapat nak ceritakan dengan lebih lanjut geng forumer Tko termasuk se orang daeri moderator nya.

Setelah tamat ucapan dari Ir.Nizar Jamaludin, saya bergegas ke luar dewan untuk bertemu sahabat sahabat yang datag bersama tadi, sambil berbual sebentar saya dikejutkan dengan satu teguran dari belakang. Setelah berpaling ke arahnya, beliau bertanya ‘awak dari blog mana’ hei.. sapa yang tak ketaq lutuit, kita duk lihat depa tu, semacam… dressing tak sama dengan tetamu lain. Seluar panjang hitam, kemeja pun hitam, kalau tak silap bajunya pun masuk kedalam dan berambut pendek serta berkumis nipis.

Apa ni SB ka? Setelah depa memperkenalkan diri, barulah ‘suasana’ tenang semula. Rupa rupa nya beliau ini adalah rakan kepada Al Banjari, Penarikbeca, Rabuan Pit dan beberapa pemblog politik hardcore..rakan online lah tuu..
Beliau ini ‘cencurut’ dari http://cipantapirtenuk.blogspot.com/

Maap bro, kerna wa agak serius malam itu, suspend jugak beb..

Kutipan dana pada malam itu berjaya di kumpul sebanyak 22,000 ringgit, tapi wa kurang senang dengan gaya penyerahan kutipan itu. Gaya yang terbawa bawa dengan dengan ‘konvensional style’ yg di amalkan oleh satu puak lagi. Menyerahkan ‘cek berukuran plywood’ dan tertunggu cameraman mengambil gambar. Secara peribadi wa kurang bersetuju dengan cara begini, bimbang timbul fitnah dan menampakan ‘riak’ walaupun ikhlas. Se eloknya tangan kiri tidak mengetahui itu adalah pemberian dari tangan kanan.

Hampir jam 12.00 malam majlis pun bersurai. – susunan mengejarcahaya.


READ MORE - forumer tko & blogers di majlis Ir.Nizar Jamaludin

Rasuah teramat mulia dari demonstrasi jalanan

Wednesday, August 5, 2009



Pada 1 Ogos, Demonstrasi Jalanan Secara Aman anjuran Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta zalim tersebut.Demonstrasi tersebut diadakan pada 1 Ogos bagi memperingati genap 40 tahun akta zalim itu di amalkan dalam undang-undang Malaysia.


ISA pada awalnya digunakan untuk membendung kegiatan komunis telah di manipulasi oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghancurkan musuh-musuh politiknya.

Demonstrasi tersebut terpaksa diadakan kerana sudah tidak jalan lain lagi bagi mendesak kerajaan menghapuskannya dari bumi Malaysia.

Demonstrasi tersebut jelas adalah himpunan secara aman, kerana walaupun berulang kali ditembak dengan ratusan das gas pemedih mata, dan di sembur dengan berliter-leter air kimia beracun, tidak seorang pun dari para demonstran yang merosakkan harta benda awam mahu pun barangan peribadi atau milik syarikat.

Namun, sudah dijangkakan dan telah menjadi kebiasaan nya, media dalam kawalan UMNO/BN dipaksa menulis apa yang dituduh oleh pemimpin UMNO/BN dan mencatat segala skrip propaganda murahan parti bankap itu.



Lalu dengan tekanan dan susunan beberapa pengaturcaraan, beberapa media telah mencatatkan bahawa demonstrasi aman pada 1 Ogos lalu telah menyebabkan beberapa syarikat perniagaan dan peniaga peniaga serta penjaja kecil dikatakan rugi ratusan ribu ringgit. Pada 2 Ogos, seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menerima rasuah. Ketika ditahan, sebagai bukti, bersama ADUN tersebut terdapat wang tunai RM5,000

Namun tidak ada media yang mengaitkannya dengan kerugian rugi puluhann juta ringgit kerana rasuah yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak swasta. Tidak ada pemimpin UMNO yang membuat kenyataan tentang isu rasuah, seolah-olah melakukan rasuah, memberi dan menerima rasuah itu lebih mulia dari demonstrasi jalanan.

Tidak ada pemimpin UMNO yang berani membuat kenyataan kerana perbuatan memberi dan menerima rasuah ini, selain dilaknat oleh Allah adalah melanggar undang-undang dan perlembagaan Malaysia.Tidak ada pemimpin UMNO khususnya Menteri Dalam negeri yang mengatakan bahawa semua kes rasuah akan disiasat dan diambil tindakan. Berbeza dengan demontrasi anti ISA yang berlaku, Hishamudin mengatakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram.

Sekaligus Hishamudin lupa tentang dua ladi pemimpin UMNO Terengganu yang telah ditahan dan disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah melibatkan jutaan ringgit wang rakyat. Apakah rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ? Apakah Himpunan Jalanan Lebih Hina dan berbahaya dari rasuah ?

-by apakhbarganukita/Bul/online


READ MORE - Rasuah teramat mulia dari demonstrasi jalanan

Siapa yang samseng sebenarnya?

Tuesday, August 4, 2009


Pelbagai media sesetengah haluan terus memainkan peranan mereka, bagi menggambarkan suasana perarakan penghapusan akta ISA di Kuala Lumpur baru baru ini. Kesemua media berkenaan menghamburkan kata nesta dan menganggap penyertaan mereka yang berarak itu adalah kumpulan samseng, yang membuat huruhara untuk melumpuhkan Kuala Lumpur.

Mereka tidak berfikir langsung, bagaiamana orang orang yang berarak itu boleh melakukan ‘rusuhan’ untuk mengucar kacirkan keamanan ibu kota. Sebahagian besar dari mereka yang menuntut penghapusan akta ISA itu terdiri dari anggota anggota atau pemyokong parti pembangkang dan mungkin sedikit dari mereka yang berkecuali. Kalau mereka ini membuat huruhara, cukupkah hanya anggota empat kerat sahaja untuk membuat rusuhan? Adakah mereka ini berbekalkan senjata api, bom, kayu cota atau air acid untuk semburan? Apakah mereka ini di lengkapi dengan perisai?




Sekarang siapa yang ada kelengkapan itu? pihak Polis ke para pendemo? kalau peserta perarakan itu tiada apa apa, hanya setakat air botol dan kamera serta telefon bimbit, mampukah untuk membuat rusuhan?

Dia orang berarak secara aman dan di kawal pula oleh unit amal tanpa senjata, boleh dikira cukup positiflah kalau sudah berjaya membuat huruhara.

Peranan akhbar akhbar ini cukup tangkas membuat propaganda murahan, inilah senjata mereka untuk menggambarkan keburukan pihak pembangkang khas nya. Dalam insiden itu, pihak peserta perarakan berkumpul dan berarakan dengan aman walaupun sebelum itu pihak Polis sudah mengadakan pelbagai sekatan dari setiap penjuru. Pihak Polis mengarahkan supaya perarakan itu di hentikan dan orang ramai itu di suruh bersurai. Tetapi mereka meneruskan dan tidak bersurai kerana motif mereka untuk menyuarakan bantahan dan menyerah watikah bantahan ke Istana.

Polis tercabar dengan sikap ini dan mula mengambil tindakan provokasi, mengejar menangkap dan menyembur air gatal dan memedihkan selaras dengan tindakan nya dengan menembak gas pemedih mata. Sekarang siapa yang membuat huruhara?

Kemudian nya terdengarlah suara suara sumbang “demonstrasi jalanan oleh pembangkang bermotifkan politik”, “perhimpunan haram itu merugikan hamper 200 juta”, para peniaga mengecam perhimpunan itu” dan pelbagai lagi laungan laungan yang memualkan.

Sistem Negara kita adalah demokrasi berpalimen, ini adalah demokrasi dan untuk menyuarakan sesuatu. Dimanakah lagi saluran yang pembangkang ada? Suara di parlimen hampir semua nya dari awal awal di cantas. Ada surat khabar di hadkan hanya boleh di terbitkan untuk dua minggu sekali, ceramah ceramah di bendung dan radio TV dinafikan untuk pembangkang. Kalau hanya di selang seli dengan ceramah dan berita dua kali seminggu dari Harakah dan Suara Keadilan, adalah tidak mencukupi,Apa cerita?

Apabila peristiwa peristiwa begini berlaku, umpama nya demonstrassi ‘Bersih’, perarakan membantah penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran Sains/metametik mahupun perarakan bantahan kenaikan harga minyak dan sebagai nya. Para pembesar Negara ini riuh dengan cemuhan dan suara suara ‘nakal’ sebuk mencerca. Disinilah para penunjuk perasaan itu mengalami perbagai kejadian, ditangkap, diseret, di sebur air dan ditembak gas pemedih mata. Pihak media mereka terus mengambil peluang memburuk burukan pembangkang dan bapak bapak menteri pun merasa panas tidak senang duduk.

Inilah yang menunjuk kejayaan, membuka mata masyarakat dan apabila ada respon dari mereka atau feedback itu, bermakna berjayalah memberitahu mereka. Sekarang sudah mula terasa sedikit kepanasan dengan tindakan ini, kalau tidak, tak mungkin mereka riuh dan sebuk mengatakan apa saja, dan ada se orang itu mula kepanasan dan berkata “ jika perlu kita sanggup memberikan stadium, dan bertempiklah sampai subuh pun” dan se orang lagi berkata “Polis bertinda mengikut SOP” (standard opration procedure) yang di tetapkan undang undang. Lemak merdu sekali ungkapan nya.

… dan kita berjumpa semula di lain keluaran. – penyusun undangan

READ MORE - Siapa yang samseng sebenarnya?

Pertemuan singkat TGNA dan Dato' Najib di Kota Bharu

Monday, August 3, 2009

Pertemuan tanpa di rancang beberapa hari lalu, Tok Guru Nik Aziz dengan Dato’Najib selaku Perdana Menteri lebih kurang hampir setengah jam, sejurus selepas ketibaan Dato’Najib tiba di lapangan terbang Pangkalan Chepa untuk merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kota Baru.

Dato’Najib memberi jaminan yang kerajaan pusat sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan. Dalam pertemuan itu para wartawan turut bertanya kepada Tok Guru Nik Aziz mengenai permintaan Dato’Najib, supaya Menteri Besar Kelantan itu tidak mengguris perasaan ahli Umno jika ingin bekerjasama dengan kerajaan pusat. Semasa perjumpaan itu juga, Dato Najib berharap TGNA jangan cepat menjawab soalan soalan dari wartawan.

Tok Guru Nik Aziz berkata “jika saya pekakan telinga, nanti apa pula kata rakan rakan dalam PR, dan kenyataan yg di buat baru baru ini adalah semata mata untuk menangkis dari pihak pihak tertentu, dan bukan berniat menyinggung mana mana pihak”.

Hendak jawab bagaimana lagi, kami mana ada saluran lain lagi dan hendak menjawab dengan ceramah adalah tidak cukup. Ada surat khabar Harakah pun hanya terbit dua kali seminggu. Pihak Pas mana ada akhbar perdana, mana ada media elektronik radio dan TV?

Dalam pertemuan singkat Mursyidul Am itu sempat juga berbincang mengenai royalty minyak, pelabuhan dan jejantas bagi mendapat pertimbangan dari pusat untuk membantu kerajaan negeri Kelantan.

Di dalam akhbar kelmarin, Nik Aziz dijangka akan menemui PM di Puterajaya untuk membincang kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri Kelantan serta plan pembangunan ECER.

Tok Guru terpaksa membatalkan beberapa program lain, kerana bertemu dengan Perdaana Menteri itu dan berharap ada jaminan positif dari Dato’Najib sendiri yang mana kerajaan persekutuan juga turut bertanggung jawab untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri.

- ref:s/harian/susunan 4
READ MORE - Pertemuan singkat TGNA dan Dato' Najib di Kota Bharu

Abdullah Badawi menyerahkan Magnum kepada 'pewaris' nya

Saturday, August 1, 2009


Minggu lalu, Multi Purpose Holding Berhad, syarikat induk kepada Magnum Corporation yang menjalankan aktiviti judi Empat Nombor Ekor mengumumkan anak syarikatnya itu telah mendapat lesen baru.

Lesen tersebut diperolehi dari Kementerian Kewangan pada bulan Oktober lalu yang diterajui oleh Perdana Menteri sekarang, dato’ Seri Najib Razak. Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Imam Islam Hadhari, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Itulah kejayaan paling besar Imam Hadhari@Abdullah Ahmad Badawi di saat-saat akhir pemeritahannya dan meninggalkan legasi, kepada pewarisnya Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin.




Sebanyak 10 lesen judi telah diluluskan, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar perniagaan Singapura, Business Times Singapore. ’Rating’ pentadbiran Najib dilaporkan meningkat baru-baru ini dan perniagaan judi mungkin merupakan rahsia senjata ampuh yang digunakannya dalam menghadapi suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.

Kejayaan Imam Hadhari@Abdullah Badawi mengeluarkan lessen judi itu telah berjaya menambahkan pendapatan Negara kerana berjaya menghalalkan ‘judi haram’. Pada tahun 2008, industri ‘judi halal’ mempunyai nilai yang cukup besar dalam kewangan Negara berjumlah kira-kira RM8 bilion. Tidak ada sesiapa yang mengetahui berapa besar perniagaan ‘judi haram’ di Malaysia, namun ia dilaporkan 15 kali lebih besar dari industri ‘judi halal’.

Oleh itu, langkah kerajaan dianggap bijak dengan mengeluarkan 10 lesen judi baru itu yang menghalalkan ‘judi haram’ sekaligus meningkatkan hasil Negara dengan memperolehi cukai dari perniagaan ‘judi haram’. Justeru, kerajaan pimpinan Najib telah meluluskan lesen judi kepada Magnum yang akan memperkenalkan judi baru yang mempunyai nilai ‘jackpot’, satu cepumas yang tinggi nilai hadiahnya. Dengan perlaksanaannya yang dirancang pada tahun 2009 oleh Magnum sekurang-kurangnya akan meningkatkan pendapatan kerajaan dan akan mengurangkan beban ekonomi akibat masalah yang sedang melanda seluruh dunia.

Hebat penjelasannya, mungkin pada pendapat nya itulah kehebatan apa yang di sering dinobatkan kebelakangan ini. 1Malaysia, rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan.

Mungkin itu jugalah yang dimaksudkan oleh Timbalan Najib, Muhyidin menangkis hujjah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa pilihanraya kecil Manek Urai. Muhyidin menyatakan UMNO yang terlebih dahulu mempelopori usaha-usaha meningkatkan syiar Islam, jauh lebih baik dari PAS.

Muhyidin menyatakan UMNO yang terlebih dahulu mempelopori usaha-usaha meningkatkan syiar Islam, jauh lebih baik dari PAS !


Meluluskan lesen judi yang membawa kepada peningkatan pendapat Negara mungkin termasuk dalam amar makruf. Kerana orang UMNO selalu berhujjah sekiranya ekonomi. mundur, pembangunan akan mundur dan bagaimana umat Islam akan maju sekiranya tidak ada pembangunan . Kerana orang UMNO selalu berhujjah sekiranya ekonomi mundur, pembangunan akan mundur dan bagaimana umat Islam akan maju sekiranya tidak ada pembangunan. Kerana orang UMNO selalu berhujjah sekiranya ekonomi mundur, pembangunan akan mundur dan bagaimana umat Islam akan maju sekiranya tidak ada pembangunan. Cukup hebat penjelasannya.

Maka teruskanlah usaha meningkatkan ekonomi dengan meluluskan sebanyak-banyaknya lesen judi !

- apakhabarganukita/buletinonline

READ MORE - Abdullah Badawi menyerahkan Magnum kepada 'pewaris' nya