Kes Anwar tidak bantu pulihkan Umno - Ernest Bower, Pengarah CSIS America

Friday, February 5, 2010

Gambar: Ernest Bower. Pengarah CSIS America.

PERBICARAAN kedua kes liwat pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan membantu Umno mendalami pembaharuan sebenar yang diusulkan presidennya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata pengarah Program Asia Tenggara daripada Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) Amerika, Encik Ernest Bower. Klik tajuk untuk teks seterus nya.

 

READ MORE - Kes Anwar tidak bantu pulihkan Umno - Ernest Bower, Pengarah CSIS America

Utusan Malaysia memfitnah, mahkamah terhenti 5 minit

Thursday, February 4, 2010

Kira-kira jam 3 petang tadi sessi perbicaraan Anwar agak tegang apabila Peguam Karpal Singh berhujah menunjukkan tulisan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk 'Tak rela diliwat lagi' di halaman satu dan 'Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi' yang didakwa beliau menyeleweng.

Karpal menuntut akhbar itu dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana kes berkenaan masih berjalan.

Pada jam 3.10 petang pula, Pendakwa Yusuf Zainal Abiden pula menyatakan tidak adil untuk mengaitkan laporan Utusan dengan Perdana Menteri (PM) kerana beliau ialah Presiden umno.

Mahkamah pada jam 3.15 petang kemudiannya berhenti selama 5 minit untuk membuat keputusan di atas permohonan Karpal untuk mengenakan tindakan ke atas akhbar Utusan kerana menghina mahkamah.

- Oleh Roziyah Mahamad/era
READ MORE - Utusan Malaysia memfitnah, mahkamah terhenti 5 minit

Saiful mula ‘serang’, Anwar mahu dengar keterangan


Perbicaraan semalam dimulakan dengan 'serangan' Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menceritakan detik-detik Anwar mula meliwatnya, sementara itu, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu keseluruhan keterangan di mahkamah.

"Segala nasihat peguam, kita perlu dengar dengan mengambilkira keseluruhan keterangan terlebih dahulu," kata beliau ketika ditanya pemberita, sejurus keluar daripada kamar perbicaraan tadi. Klik tajuk untuk seterus nya

READ MORE - Saiful mula ‘serang’, Anwar mahu dengar keterangan

Negara aman versi Naib Ketua wanita umno

Wednesday, February 3, 2010


Rasanya tidak perlulah menulis apa saja yang di perkatakan oleh sesaorang itu lalu kita terus lapur dan siar sahaja. Perlulah juga fikir untuk kesan jangka panjang nya sama ada disini mahupun disana nanti, sebesar zarah dikira wahai tuan. Mustahil kalau semua apa yang dicakap oleh para pemimpin itu tiada silap nya. Tidak kiralah pempimpin mana sekali pun, jika salah tetap salah benar tetap benar. Depa ni tugasnya adalah untuk memenangi hati rakyat.

READ MORE - Negara aman versi Naib Ketua wanita umno

Anwar Akan Sepina Najib dan Isteri

Tuesday, February 2, 2010

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengsepina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwatnya yang kedua.

“Ya... salah satu perkara pertama peguam saya Karpal Singh akan lakukan ialah memberi sepina kepada perdana menteri dan isteri,” katanya kepada para pemberita di luar mahkamah pada prosiding kesnya petang Selasa. Bagaimanapun bila ditanya bilakah perdana menteri dan isterinya akan disepina, Anwar berkata, ia akan dilakukan pada permulaan perbicaraan kes ini tetapi yang pasti bukan esok (Rabu).

Anwar mendakwa, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Najib ada bertemu dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum laporan polis ke atasnya dibuat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pendakwaan Datuk Nordin Hassan berkata, lebih 20 orang saksi pendakwaan dijangka akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan sodomi Anwar mulai esok.

Beliau berkata, tidak kurang daripada 26 saksi dijangka memberi keterangan.

Antara lain, katanya, mereka yang akan dipanggil sebagai saksi ialah tiga orang doktor kerajaan, dua pakar kimia, seorang doktor swasta dan lima saksi yang mempunyai kaitan dengan Kondominium Desa Damansara. Anwar, 63, tidak mengaku bersalah mensodomi bekas pegawai khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sumber-sumber memberitahu The Star, Mohd Saiful sendiri berkemungkinan besar akan turut dipanggil sebagai saksi pada hari pertama perbicaraan.

mstar
READ MORE - Anwar Akan Sepina Najib dan Isteri

Menteri batalkan upacara pecahtanah di Dungun


Ahmad Shabery Chik Menteri Belia dan Sukan telah membatalkan kehadhiran nya ke Kampong Sura Dungun kelmarin 30hb. kerana mendapat bantahan beramai ramai dari penduduk kawasan itu.

READ MORE - Menteri batalkan upacara pecahtanah di Dungun

Krisis dalam pembangkang mula merebak kata Najib

Monday, February 1, 2010

Maka berbunyilah rentak gendang paluan pemuka pemuka kerjaan kita,1Malaysia. Kelmarin pula Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib terus menerus mendedahkan kononnya pembangkang mengalami krisis serius khusus nya di Pulau Pinang.

READ MORE - Krisis dalam pembangkang mula merebak kata Najib