Pembesar Negara & Batu, tidak dapat di pisahkan lagi

Friday, July 31, 2009



31 Julai - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin.





Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.

Terdahulu C/Insp Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk "Pahlawanku" sebaik sahaja tiupan "Last Post" bergema dan bendera Malaysia diturunkan.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.

Hari Pahlawan disambut bagi memperingati mereka yang terkorban demi mempertahankan negara, dan majlis kali ini dimulakan malam tadi dengan kehadiran Perdana Menteri ke majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negara di sini.

Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai sejak tahun 1960-an memberi peluang kepada rakyat menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahankan dan menegakkan kedaulatan negara.

Antara tidak faham atau tidak tahu mahupun berpura pura tidak tahu, pekara ini sudah berpuluh tahun berlanjutan. Beberapa orang mufti kerajaan negeri saban tahun mengingatkan yang mana perlakuan ini amatlah di tegah se iring dengan kedaulatan agama Islam itu sendiri yang menjadi agama rasmi negara ini.

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.” - http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371.

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu. - http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428

Ramai rakyat amat berdukacita dengan perkembangan ini, jika begini sikap pemimpin yang memimpin kita sudah tentu ia adalah satu gambaran buruk yang terus di amalkan sejak berzaman.

Walau pun menerima berkali kali teguran dari mufti yg di lantik nya, namun tidak memberi kesan. Hendak di fikirkan pekara ini selaras dengan beberapa "fatwa" yang dikeluarkan kebelakangan ini, tetapi tetap gagal untuk di sinambungan dengan ketetapan yang di beri. Islam Hadhari, 1Malaysia mahupun Rakyat di dahulukan, pasti nya tidak menepati konsep yang di laung laungkan apatah lagi pekara 'meletak kalung di tugu' ini sudah lama menjadi tradisi, ia itu sebelum wujud nya 'Islam Hadhari @ 1Malaysia' lagi.

Mufti Perak, bekas Mufti Perlis dan mufti2 yang berpegang dengan keagongan Islam sudah beberapa kali memberi pandangan, namun kalian terus menutup teliga.

Tak tahulah. Tidak faham, buat-buat tak faham, tak faham Bahasa Melayu ? Tak tahu apa nak cakap lagi, Selamat Menyambut Hari Pahlawan untuk mu!

ref:Bernama/editor4
READ MORE - Pembesar Negara & Batu, tidak dapat di pisahkan lagi

Akta ISA - Baju hitam atau putih? saksikanlah..

Thursday, July 30, 2009



Himpunan Mansuhkan ISA akan dibuat di ibunegara pada 1hb Ogos 2009 oleh Gerakan Mansuh ISA yang kebanyakannya adalah dari Pakatan Rakyat. Manakala gerakan yang menyokong ISA (PRO-ISA) juga akan berkumpul juga sebagai tanda sokongan kepada Akta ISA ni dan juga menghalang gerakan Anti-ISA memasuki istana negara.

Puak Anti ISA akan berbaju hitam manakala puak Pro-ISA pula akan memakai baju putih. Penganjur demontrasi Anti ISA sudah memesan kepada mereka yang akan memakai baju hitam ini supaya jangan membawa senjata, bawa bersama plastik dan garam (sebagai tenaga kalau disembur air kuning) kerana mereka pasti akan diprovok secara hebat dari puak Pro-ISA dan FRU.



Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang merupakan gabungan badan-badan bukan kerajaan dan parti pembangkang akan mengadakan perarakan ke Istana Negara pada pukul 2 petang Sabtu depan dari beberapa lokasi bagi menyampaikan memorandum itu.

Dato Seri Najib ada memberi kenyataan semasa membebaskan 13 tahanan ISA semasa di peringkat awal menjadi PM untuk mengkaji semula AKTA Ikut Suka Aku ni. Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.



Begitu juga dengan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris), yang terdiri daripada gabungan 10 badan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Graduan Melayu Malaysia (GGMM) akan mengadakan perarakan yang sama ke Istana Negara bagi menyokong pelaksanaan Akta ISA pada hari yang sama.

Demonstrasi adalah satu dari proses demokrasi dan biasa dibuat di mana-mana negara yang mengamal demokrasi. Biasanya demnotrasi-demontrasi sebelum ini hanya melibatkan sebelah pihak sahaja tidak seperti 1 Ogos ini.

Pada siang tadi, kami difahamkan kumpulan yang menyokong kewujudan ISA mula berfikir semula untuk meneruskan perarakan itu. Antara nya kumpulan dari persatuan seni silat lincah Malaysia. Ini berikutan larangan dari pihak Polis supaya tidak meneruskan hasrat itu. Sebelum ini, persatuan tersebut telah menyatakan sokongannya untuk bersama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang menganjurkan perhimpunan tersebut, ekoran tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan anti-ISA pada hari yang sama.

Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju menasihatkan semua anak muridnya supaya akur kepada arahan polis supaya tidak menyertai perhimpunan pro-ISA Sabtu ini.

Namun begitu PEWARIS tetapa ingin untuk meneruskan nya sekira pihak dari GMI yg menentang penggunaan ISA ingin untuk meneruskan perarakan itu. Kemungkinan juga esuk akan merubah perancangan mereka, kerana waktu masih lagi 48 jam untuk tiba ke kemuncak nya.

Di harap tidak berlaku kekecohan dan pergaduhan antara dua kumpulan ini yang dipercayai majoritinya ialah Melayu Islam. Pihak FRU juga pastinya sudah bersedia dengan water canonnya.

Kepada mereka yang menyertai demo ini dari kedua belah pihak jagalah tingkah laku anda jangan sampai berlaku perang saudara dan pertumpahan darah!

- ref:I/hangat/editor4 mengejarcahaya
READ MORE - Akta ISA - Baju hitam atau putih? saksikanlah..

Wang Ehsan dan Harimau Kemaman

Wednesday, July 29, 2009

Gambar: sekarang tulisan itu sudah gelap & air pancut sudah tiada


Daerah Kemaman antara daerah yang banyak kesan kesan sejarah nya, termasuklah tempat pendaratan Abdullah Munshi di Telaga Simpul, tempat kediaman Natrah gadis keturunan Belanda di Kampong Banggol mahupun daerah ini juga pernah melahirkan dua MB nya, iaitu Datuk Wan Mokhtar dan Datuk Ahmad Said yang menjadi MB sekarang ini.

Daerah ini merupakan pintu masuk ke negeri Terengganu dari arah selatan yang bersempadan dengan Pahang, dan juga merupakan satu satu daerah yang masjid di sebuah mukim nya telah di robohkan penguasa kerajaan negeri beberpa tahun lalu, antara satu peristiwa yang pernah berlaku di Negara ini.



Maka satu lagi kesah ‘yang menarik’ dibinakan di daerah ini, dan sebelum tidak kurang juga kehebatanya dengan pembinaan mercu tanda Kemaman yang dikatakan dengan peruntukan lebihkurang 4 juta ringgit, Mercu Tanda Kemaman, yang duduk (terletak) di hadapan Balai Bomba, yang harganya RM 3.99 juta, yang sampai hari ini sekejap boleh pakai (guna), sekejap tak boleh pakai, dan beberapa bulan kebelakangan ini sehingga sekarang ianya tidak berfungsi lagi.

Sebelum ini hanya beberapa bulan sahaja mercu tanda tersebut beroperasi dengan persada keliling nya di kelilingi air pancut dan tiang tiang berwarna warni. Mercu tanda itu di lengkapi dengan tulisan digital yang bergerak dan dibawahnya terpasang ‘globe dunia’ di perbuat dari steel. Kini air pancut yang membasahi jalanraya dan tiang tiang lampu warna sudah tidak kelihatan lagi, malah tulisan digital bergerak sudah tidak bergerak lagi dan api api nya sudah tidak bernyala, itulah hasil yang di laburkan sebanyak 4 juta ringgit.

Semasa Dewan kerajaan negeri Terengganu bersidang, maka timbul pekara ini yang di bangkitkan oleh ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Noor Hamzah (PAS).

Antara pekara yang di bangkitkan, “bagaimana dengan operasi mercu tanda Kemaman” setakat ini tiada tanda tanda untuk di baik pulihkan supaya ianya beroperasi seperti sediakala. Setelah persoalan di ajukan, pihak defender ia itu kerajaan negeri dokongan BN menjawab secara bertulis dan mengatakan “untuk ketika ini ianya tidak dibaiki kerana kos operasi nya untuk setiap hari adalah sebanyak 250,000 ringgit”. Menurut ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Noor Hamzah, pihak BN tidak dapat menjawab di dalam dewan kerana sudak kesuntukan masa dan di jawab secara bertulis.

Tidak dapat hendak di gambarkan, adakah benar atau tidak perbelanjaan untuk satu hari sahaja adalah sebanyak RM 250,000, bagaimana kalau satu bulan atau satu tahun? Kalau hendak dikatakan tidak percaya dengan kos sebanyak itu, pekara ini telah pun di bangkit di dalam dewan, dan rakyat percayakan dewan negeri yang bersidang.

Secara tidak langsung, apakah ini cukup bermanafaat bagi rakyat Kemaman? Atau Kerajaan Terenganu ‘am nya? dan cukupkan dengan stratiji sekarang dengan pimpinan baru, 1Malaysia? yang berkonsepkan “rakyat di dahulukan”?

Pelancaran Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman yang terletak di Kampung Ibok di kawasan seluas 54 hektar, itu yang pertama seumpamanya di negara ini merupakan daya tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi terbaru di Terengganu. Zoo berkenaan bersempadan dengan habitat kunang-kunang yang terkenal di Kampung Yak Yah itu mempamerkan kira-kira 100 spesies haiwan seperti harimau, gajah, burung merak, beruang serta ikan naga atau ‘arapaima gigas’ sepanjang hampir tiga meter.



ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Noor Hamzah (PAS) yang juga merupakan ketua Pemuda Pas Terengganu yang baru turut membangkitkan kos pembinaan dan operasi taman rekrasi dan mini zoo ini di persidangan dewan negeri. Pihak kerajaan negeri menjawab “kos sekarang adalah untuk fasa 1 sebanyak 9 juta ringgit” dan apabila fasa kedua nanti yg bakal dibina ialah sebanyak 50 juta ringgit. Bayangkanlah bagaimana, adakah nama nya zoo mini akan bertukar kepada zoo bukan mini? Kita boleh fikirkan kalau belanjawan sebanyak 9 juta ringgit, sudah boleh di panggil zoo mini, itu bercampur pula dengan taman rekrasi, bagaimana pula kalau belanjawan 50 juta ringgit?

Untunglah sang harimau, bekalan makanan berupa daging setiap hari. Katakanlah daging lembu berharga 15 ringgit untuk satu kilogram, jika si-harimau itu memakan sebanyak 5 kilo sehari ini bermakna 75 ringgit belanja untuk makan? Itu belum termasuk minum petang dan sebagai nya. Untuk se ekor harimau dan haiwan haiwan yg lain lagi? Contoh 75 ringgit sehari kalau 10 hari bermakna 750 ringgit kos pemakanan nya. Kalau sebulan?
Apa tidak gembira nya sang harimau itu? Sedangkan kita sebagai manusia atau rakyat Terengganu, hanya perolehi sebanyak RM 300.00 wang dana ehsan sahaja untuk satu tahun, harimau hanya untuk 4 hari sahaja sudah melebihi 300 ringgit. Kita pula perlu 365 hari untuk mendapat RM300 ringgit wang ehsan.

Itu pun kita melompat kegembiraan, siap memegang bendera biru lagi tanda gembira. Setahun kita dapat 300 ringgit, harimau cuma 4 hari sahaja untuk mendapat belanja 300 ringgit. Sedangkan kita,”rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan” dan jumpa kita di lain keluaran.

-matjejakrasul

READ MORE - Wang Ehsan dan Harimau Kemaman

Rosol Wahid banyak melenting dengan Pas

Saturday, July 25, 2009



Bekas setiausaha badan perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata “senjata” paling ampuh yang diguna oleh Pas untuk menentang Umno adalah dengan slogan agama nya. Sekian lama sudah ianya digunakan dan persoalan ini sering di bangkitkan untuk mengkeritikan pentadbiran kerajaan.

Tambahnya lagi, Pas sedar mereka tidak mampu untuk menandingi pihak Umno dari setiap segi sama ada dari segi social, ekonomi mahupun pembangunan.




Secara proaktif nya En.Rosol ini menilaikan pembangkang hanya mempergunakan agama sebagai alat untuk memenangi hati rakyat dalam kerjaya politiknya. Dia berkata Pas tidak dapat menandingi Umno dari banyak segi termasuk ekonomi dan pembangunan, dan ini sejak dari dulu lagi diperkatakan oleh mereka tak kira dimana apatah lagi kepada abang abang dan mak cik mak cik di kampong kampong. Dimana cara pengertian mereka atau fikiran mereka yang menganggap nya begitu. Pas hendak menandingi nya bagaimana, ianya bukan badan pemerintah atau pun ianya sebagai kerajaan Malaysia. Kalau kerajaan membina menara berkembar Petronas, apakah Pas perlu membena nya juga?

Ini adalah tanggung jawab nya sebagai kerajaan dan sekiranya Pas yang memerintah, ini adalah tanggung jawab Pas sebagai pemerintah. Jika sekarang Pas bukan parti pemerintah, kalau Pas turut membangunkan Malaysia atau membina ‘litar sepang’, membuat jambatan bengkuk dan menyiapkan lebuhraya, itu mana mungkin, yang menubuhkan kerajaan adalah Barisan Nasional bukan Pas yg mneubuhkan kerajaan. Mana mungkin dalam satu keluarga ada dua orang suami. Inilah pemikiran mereka.

Katakanlah Pas perlu membina pelabuhan, kerana untuk pembangunan dan perlu untuk memenangi hati rakyat serta dapat menandingi Kerajaan dalam ertikata sebenar. Segala wang perbelanjaan untuk menyiapkan itu dari mana Pas ambil? Mana ada kemampuan untuk Pas berbuat begitu. Bagi Umno atau Barisan Nasional memang berkemampuan, kerana semua hasil kerajaan adalah miliknya. Semua hasil kerajaan termasuk ekspot dan cukai masuk ke katung nya kerana ia sebagai parti pemerintah. Kalau Pas sebagai parti pemerintah, begitu juga semua hasil di amanahkan kepada nya. Setiap pembangunan dialah yg bertanggung jawab, bukan pembangkang yg bertanggung jawab. Inilah mentaliti Rosol Wahid sebenarnya. Dia kata Pas yang mempermainkan agama dan tidak kata PR yg mempemainkan agama. Orang orang kampong pun angguk kata betul Pas tidak membuat pembangunan, macam mana hendak memerintah.

Kalau Pas tidak menggunakan agama Islam, dia mahu menggunakan apa lagi? Takkan dia mahu gunakan agama Budha atau agama Hindu pulak? Islam itu sebagai addin, seluruh kehidupan kita mestilah dengan berpandukan agama kita. Inilah jiwa Rosol Wahid, dalam bab haji, puasa dan kahwin kita perlu Islam tetapi dalam bab ekonomi, pembangunan dan soasial tidak. Apabila Pas sebut pasal Islam dalam pemerintahan dia melenting. “ha, inilah Pas hanya tahu dengan slogan agama saja”.

Beliau menanmbahkan lagi, Pas hanya bercakap pasal Islam, tetapi kehidupan atau amalan nya tidak begitu. Pas tidak akan berhenti memfitnah Umno dan ini sudah menyimpang dari dasar Islam yang di perjuangkan oleh Pas. Dia tidak pula mengatakan apakah fitnah yang Pas buat? Dalam ceramah ceramah Pas mahu pun pembangkang yang lain, bila sebut kerajaan ada rasuah, kerajaan membenarkan perjudian di Genting atau pelacuran di Bukit Bintang atau menghukum rakyat tanpa usul periksa (ISA) apakah Pas membuat fitnah terhadap kerajaan?

“Saya nampak Pas menggunakan agama untuk mencapai cita cita mereka” kata Rosol Wahid kepada Rahayu Mustafa/ Sinarharian 23 julai. Inilah sentimen beliau, sebelum ini beliau berkata Islam itu sering disebut sebut dalam perjuangan Pas. Memanglah mempergunakan agama dalam mengejar cita cita, hendak diguna apa lagi. Bukankah PAS itu adalah sebuah parti Islam? PAS, makna nya Parti Islam SeMalaysia, takkan dia tak tahu selama ini.

- editor4

READ MORE - Rosol Wahid banyak melenting dengan Pas

Najib Razak pun seorang blogger juga

Friday, July 24, 2009


Datu' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke6 kini mengorak langkah ke alam siber juga sepertimana para menteri menteri yang lain. Mengikut info yang diberikan dibahagian FAQ, antaranya :
1Malaysia.com.my is the personal website of Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Dan yang paling menarik, dinyatakan bahawa Najib sentiasa meneliti blog ini dan terlibat secara langsung bagi kemaskini blog.

Walaupun mengikut catatan blog Najib,ianya mula ditulis pada 19.9.2008, tetapi blog ini tidak menyerlah ataupun diketahui umum.



Jauh berbeza dengan pemimpin Pakatan Rakyat atau beberapa pemimpin Barisan Nasional, blog mereka mendapat begitu banyak hits malah www.chedet.co.cc yang ditulis bekas perdana menteri amat popular di dunia internet.

Antara ahli politik tersohor yang komited dalam ber’blog’ ialah Anwar Ibrahim, Khir Toyo, Khalid Samad, malah MB Melaka yang dikenakan tindakan gara-gara ‘politik wang’ sebelum ini juga giat berblog.

Berbeza dengan blog ahli-ahli politik lain, blog Najib Razak ini dilihat bukan sebuah blog yang aktif malah, setiap kemaskini bahagian blognya ditulis secara ringkas dan tidak banyak perkara berkaitan peribadi beliau.

Banyak link-link yang berkaitan dengan tugas beliau sebagai pemimpin kerajaan, dan boleh kita anggapkan blog Najib Razak ini bukan dalam bentuk blog individu atau personal, tetapi lebih meluas skopnya.



Siapa yang menjadi webmasternya tidak diketahui, mungkin ‘geng tingkat 4 yang baru’. Jika dilihat melalui carian whois, domain www.1malaysia.com.my ini dibayar oleh Wong Sui Ting dan beralamat seperti di bawah:

Qinetics Solutions Berhad
Lot 2-2, Incubator 1
Technology Park Malaysia, Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
(Tel) 603-89966788
(Fax) 603-89968788

dan didaftarkan oleh Ethos Sdn. Bhd.

Ethos Sdn. Bhd ini adalah sebuah syarikat perunding yang mana pernah mendapat liputan berita kerana terlibat dalam Khairy Jamaluddin dan pengendali di balik tabir NCER (Northern Corridor Economic Region). Ethos ini dimiliki oleh Omar Ong, yang mana salah seorang pegawai penasihat Najib sejak Najib dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Apapun,perkara yang mungkin membingungkan pengunjung blog ini ialah, tiada sebarang alamat emel disertakan.
Mungkinkah bimbangnya berlaku spam mail atau ‘over-bandwithd’ sepertimana yang pernah berlaku pada website rasmi Sultan Perak dan Mufti Perak?

-ref:malaysiagoogle
READ MORE - Najib Razak pun seorang blogger juga

Deman pilihanraya melarat ke SMSI 2 Kemaman

Thursday, July 23, 2009

gambar hiasan


Menurut guru pengawas Sekolah Menengah Sultan Ismail 2 Kemaman, Mohd Zaaba Abu Bakar, “Badan Pengawas Sekolah, telah mengadakan pilihanraya umum untuk memilih ketua pengawas bagi sessi 2000/2010. Pembuangan undi itu di adakan di Dewan PIBG sekolah tersebut. Pilihanraya itu di adakan lebih awal kerana memberi peluang kepada pengawas tingkatan 4 untuk mengambil pucuk pimpinan dari pengawas pengawas tingkatan 5 yang bakal mengahadapi pepereksaan SPM nanti.”

Minggu lepas bahang pilihanraya semakin panas, dengan pemberian tempuh selama seminggu kepada para calun untuk berkempen dan memperkenalkan manifesto masing masing. Dalam tempuh berkempen, kalian di benarkan memancing undi dikalangan para pelajar serta menampalkan poster poster.




Bagi jawatan ketua pengawas lelaki, antara calun nya Mohd Raimi Mokhtar berkata “peluang semua calun agak seimbang kerana masing masing mempunyai kekuatan tersendiri” Beliau menggunakan slogan “Adil, Amanah dan Tegas”. Sharvina Sara juga disebut sebut antara calun favourite bagi jawatan ketua pengawas favourite bagi jawatan ketua pengawas perempuan.

Yang lebik baiknya pilihanraya ini, ialah kerana ianya berjalan dengan agak bersih dan tanpa penggunaan jentera ‘kerajaan’ dan perjanjian calun calun hanya ingin memperbaiki khidmat sebaik mungkin serta tanpa sogokan apa apa yang keterlaluan seperti membina jambatan baru, menjadikan anak emas dan sebagai nya. Saya juga difahamkan, pilihanraya itu bebas dari pengundi hantu dan pengundi pos laju.

Walau bagaimana pun pilihanraya ini juga menarik, dan mungkin ia nya terbawa bawa dengan pilihanraya kampus dan pilihanraya umum yang sebenar. Saya sendiri juga ada beberapa orang guru yg menjadi sahabat sejak “kes 1998” dahulu, yang turut memperkasakan pembangkang ketika itu, namun kini keaktifan mereka pudar, mungkin menerima amaran dan sebagainya, kini masih lagi bertugas mengajar disekolah itu.

Urus setia pilihanraya sekolah itu dijangkakan mengumumkan keputusan pilihanraya pada perhimpunan sekolah, setelah semuanya selesai. Selamat mengundi.

- ref:s/harian/editor4/20jul

READ MORE - Deman pilihanraya melarat ke SMSI 2 Kemaman

Aduhai Sister in Islam kenapa jadi begini...

Monday, July 20, 2009


Bukan arahan dari mimpi kaum lelaki, lantas perintahkan wanita berpakaian comel..."
Saya sering terbaca di laman web dan di akhbar tempatan, pandangan 'Sister In Islam' (SIS) yang sedikit sebanyak mengelirukan khalayak pembaca dan barangkali diri mereka sendiri.Umum mengetahui, bahawa pendukung kuat 'Sisters in Islam',prinsipnya mempertahankan kebebasan hak individu.

Terdahulu, tulisan SIS dalam akhbar berbahasa Inggeris di bawah tajuk 'Seeking justice for Muslim women' yang memperkatakan diskriminasi terhadap wanita Islam dan menyatakan bahawa negara Malaysia mengamalkan aparteid agama (religious apartheid).



Polemik ini pada asalnya dimulakan oleh Marina Mahathir apabila pandangannya tersiar di laman web Malaysiakini.com.

Dakwa beliau, undang-undang untuk wanita bukan Islam (sivil) mempunyai kesamarataan dan adil jika dibandingkan dengan undang-undang syariah untuk wanita Islam menjurus kepada sebaliknya.

Ingin dinyatakan bahawa adalah sesuatu yang aneh bagi pendukung SIS yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan sebagai seorang Islam, dalam hujahnya tidak menyatakan kes-kes ketidak-adilan secara terperinci dan dalil-dalil al-Quran atau Hadis sebagai rujukan yang mana khalayak pembaca atau ahli- ahli dalam bidangnya boleh menguji, membahas, mengkoreksi serta membincangkannya.

Begitu juga di laman web SIS segala pandangannya tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya dan hanya menyertakan jenis surah dan letak duduk ayatnya sahaja.

Dalam displin ilmu, apa jua sahaja ilmu, ia mesti disandarkan dengan rujukan, fakta dan huraian terperinci tentang sesuatu isu, tetapi tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini.

Setelah di perhatikan secara asasnya tulisan serta pandangan SIS adalah menjurus kepada buah fikiran mereka sendiri yang berlandaskan emosi semata-mata tanpa merujuk kepada apa-apa fakta.

Seperkara yang unik dan ganjil terhadap SIS ialah setelah melemparkan tohmahan, kritikan, tuduhan dan ketidakpuasan hati, tidak pula memberi saranan-saranan, cadangan-cadangan mahupun idea-idea yang dirasakan bernas bagi memperbetulkan ketidak adilan (jika benar) terhadap wanita Islam. Tidak berhajat untuk mengupas panjang atau membariskan semua kenyataan mereka ini untuk dipatahkan hujah, memadai dikutip beberapa bait-bait perkataan dilaman web 'Sisters in Islam' di bawah tajuk Pakaian dan Wanita Islam iaitu :-

1. Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara. Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

2. Salah satu kesan obsesi yang demikian itu adalah banyaknya usaha yang dilakukan bagi menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. "Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

3. Kaum wanita telah diberitahu bahawa suatu cara berpakaian yang tertentu akan melindungi mereka dari kejahatan. "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki". (petikan penuh dalam www.sisterislam.org.my)

Jelas kelihatan di dalam kenyataan tersebut ia bersifat sembrono,melulu dan kabur yang diasaskan secara emosi semata-mata. Lihatlah petikan yang pertama (1), ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang. Siapakah yang dimaksudkan 'pihak-pihak tertentu' tersebut? Para ulama, ustaz, ustazah, pihak berkuasa, kerajaan, rakyat? Atau yang dimaksudkan 'pihak -pihak tertentu' ialah Allah SWT sendiri, yang mewahyukan perintah menutup aurat tersebut dalam ayat 59 Surah Al-Ahzab yang mana Allah berfirman :-

"Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Ini kata-kata dan janji Allah, bukannya rekaan, permintaan atau pemberitahuan kaum lelaki kepada kaum wanita. Sekiranya Tuhan yang ingin dipertanggunjawabkan, maka saya pulangkan kembali untuk khalayak pembaca menilai sendiri sikap dan pendirian mereka ini. Petikan kedua (2), menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)". Benarkah iman seseorang dikuatkuasakan dengan cara kuku besi? Jika benarlah, tentulah pihak-pihak SIS orang yang pertama dihukum penjara, denda atau dicakar mukanya dengan kuku kerana tidak bertudung.

Tetapi lihatlah betapa bebasnya pendukung SIS dengan gaya tersendiri malah berupaya menuduh pula Islam dan pengamalnya secara sesuka hati. Berkaitan tentang kenyataan "paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)". Saya berpendapat bahawa SIS telah tersalah raba tentang surah yang dimaksudkan. Surah-surah tersebut memberi kefahaman bahawa ?Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Ditujukan kepada umat Islam agar tidak memaksa orang bukan Islam menganuti agama ini.Sila lihat sirah petikan surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama."

Adalah suatu kebiadapan apabila seseorang memutarbelitkan maksud atau tafsiran ayat tersebut demi kepentingan diri dan cuba menyesuaikan ayat tersebut dengan prinsip dangkal yang mereka miliki. Manakala petikan (3) pula ialah "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki." Sekiranya pandangan ini bersandarkan hukum logik semata-mata, apalah gila dan mabuknya mematuhi peraturan jalan raya seperti penunggang motosikal perlu memasang lampu pada siang hari sedangkan terbukti kemalangan motosikal semakin lama semakin meningkat malah bertambah buruk dan Malaysia adalah salah satu negara yang terburuk kadar kemalangannya.

Fakta meningkat keganasan, kemalangan bukanlah menjadi satu alasan (escapism) untuk mengabaikan peraturan atau tidak perlu kepada peraturan tersebut.Harus diingat bahawa hukum pakaian Islam bagi wanita Islam, bukan merupakan satu arahan dari mimpi kaum lelaki yang apabila terjaga keesokan hari lantas memerintahkan kaum wanita berpakaian comel agar boleh membendung nafsu lelaki.

Hukum ini adalah perintah dan arahan Allah SWT kepada semua umat Islam baik lelaki mahupun wanita dan dipandu serta ditegas pula oleh hadis Rasulullah s.a.w. Terpulanglah kepada SIS untuk mengabaikan perintah Tuhan kerana percaya kepada kebebasan hak (sedangkan hak individu pun adalah kepunyaan Allah). Cuma untuk episod-episod yang mendatang, janganlah mengheret khalayak pembaca dengan buah fikiran yang berpusing-pusing tak berkesudahan, Teringat seorang tua berkata: "Punca anak kecil merengek dan menangis kerana lapar, dahaga dan sakit. Selain itu hanya sekadar inginkan perhatian dan jangan dilayan sangat, nanti bertambah mengada-ngadanya."

Saya pulangkan semula kepada sesiapa untuk mencantas hujah secebis ini. Jika saya salah, perbetulkan dan mohon bertaubat. Samasamalah kita fikir dan kaji dengan sebaik nya tentang apa yang di perkatakan tadi.

Yang terbaik datang daripada yang Maha Esa manakala yang buruk, silap dan lemah datang daripada saya sendiri. - azm

Nota: Isu SIS telah banyak dihujahkan malah di Muktamar PAS juga ianya turut berkumandang. Artikel ini telah saya tulis dan disiarkan pada 26 April 2006. Tujuan ulasan secebis ini adalah kerana saranan seorang sahabat agar memperbetulkan pandangan khalayak pembaca terhadap Islam yang telah diputar belitkan oleh kenyataan SIS.

(Segala kritikan, teguran dan pandangan sila majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) - Emel yang diterima/Oleh Azamin Amin









READ MORE - Aduhai Sister in Islam kenapa jadi begini...