KUANTAN – Penduduk di kawasan Serun Cengkeruh, Nenasi, Pekan kecewa dan menuntut pembelaan apabila 30 kediaman mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan sepanjang minggu lalu tanpa memberitahu sebab utamanya.
Ketua UMNO Cawangan Serun Cengkeruh, Abdul Rahman Abu Hassan berkata, kira-kira 50 buah rumah dijangka akan dirobohkan dalam masa terdekat ini dan pihaknya memohon kerajaan negeri supaya campur tangan dalam menangani isu ini.
Beliau yang rumahnya turut dirobohkan kelmarin memberitahu, rata-rata penduduk di kawasan itu bekerja sebagai petani di kawasan Mini Jelapang dengan pendapatan kira-kira RM350 sebulan.
“Saya sungguh kesal dengan kejadian ini dan merayu pihak kerajaan negeri dapat campur tangan dalam mengatasi masalah ini kerana kami tidak mempunyai penempatan lain untuk berteduh,” katanya sewaktu ditemui di pejabat Sinar Harian semalam.
Abdul Rahman juga memberitahu, kawasan di Serun Cengkeruh ini mempunyai kira-kira 200 keluarga dan kebanyakan mereka sudah 18 tahun menetap di kawasan itu dengan pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan seperti air, elektrik serta jalan raya dan langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan ini mengundang pelbagai persoalan.
Menurut Abdul Rahman, penduduk di kawasan itu akur dengan status tanah rizab kerajaan tetapi mereka sudah pun membuat permohonan penempatan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Pekan dua tahun lalu tetapi sehingga sekarang masih belum ada jawapannya.
Abdul Rahman juga menjelaskan, pada pilihan raya umum lalu, UMNO pernah menjanjikan untuk memberi geran kepada penduduk di kawasan itu tetapi apa yang berlaku sungguh mendukacitakan.
“Majoriti penduduk di kawasan ini menyokong kepimpinan UMNO dan kami yakin sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negeri ini nasib kami terbela dan apa yang berlaku pada hari ini sungguh mendukacitakan,” katanya.
Ditanya sama ada mereka ada tempat berteduh setelah kediaman mereka diruntuhkan, Abdul Rahman memberitahu mereka terpaksa menumpang di rumah rakan sekampung yang rumah mereka tidak lagi dirobohkan.
“Kami mempunyai keluarga dan anak-anak kami masih bersekolah dan sekiranya kediaman kami diruntuhkan ke manakah kami hendak membela nasib terutamanya masa depan nak-anak kami,” katanya.
Justeru Abdul Rahman mengharapkan kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka ketika ini terutamanya dalam menyediakan penempatan tetap untuk 200 keluarga yang kini hidup dalam kebimbangan.
Katanya, laporan polis juga sudah dibuat oleh penduduk yang rumahnya diruntuhkan supaya mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Sinar Harian difahamkan, Abdul Rahman dan beberapa wakil penduduk sudah pun berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob semalam bagi membincangkan masalah ini.
-s/harian 14/6
My Blog List
-
-
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
About Me
- Unknown
Label
200 keluarga tuntut pembelaan
Monday, June 23, 2008Posted by Unknown at 12:28:00 AM