antara cerita politik mutakhir ini, di negara tercinta

Tuesday, September 9, 2008

  • Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.
  • Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hasrat bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali ke pangkuamn Umno.
  • Pemuda Gerakan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa mempunyai unsur hasutan dan berbau perkauman. Laporan itu dibuat Pengerusi Pemuda Gerakan Bahagian Tanjong H'ng Khoon Leng di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 12.30 tengah hari tadi.
  • Ketua Barisan Nasional (BN), Huan Cheng Guang melepaskan jawatan itu atas alasan tidak sesuai menyandang kerusi itu dalam suasana semasa - dengan merujuk kepada isu Ahmad.
  • Datuk Ahmad Ismail, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera tiba di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pukul 12.50 tengah hari.

  • Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting meminta Dewan Tertingi BN mengambil tindakan tegas terhadap Ahmad dalam mesyuaratnya hari ini. "Kami berharap dapat satu keputusan yang diingini daripada BN yang diadakan petang nanti," katanya selepas mempengerusikan Majlis Presiden MCA hari ini.


  • Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, jika Umno Pulau Pinang terus memberi sokongan kepada Ahmad maka MCA negeri itu akan memboikot semua aktiviti Umno negeri itu.

  • Turut membuat kejutan adalah, Setiausaha Agong MCA, Datuk Ong Ka Chuan apabila beliau secara rasminya mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti. Ditanya adakah beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MCA, beliau berkata: "Saya akan umumkan nanti. Sekarang bukan masa yang sesuai."
  • Datuk Ahmad Ismail mempertahankan kenyataannya dalam pertemuan dengan Perdana Menteri sebentar dan menyerahkan kepada BN membuat keputusan lanjut.
  • Dalam perkembabngan berkaitan, kerajaan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap setiausaha badan perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berhubung kenyataan terhadap wartawan Sin Chew Jit Poh yang didakwa bersifat ugutan jenayah. Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Petani di sini dengan mendakwa kononnya Azhar dalam satu sidang akhbar di Bangunan Umno di sini pada Jumaat lepas telah berkata : "Kalau ada apa-apa terjadi antara kaum, dia adalah orang yang pertama ditembak".
- mal/k