Pantun cari ganti oleh tuan mufti Perlis

Wednesday, September 3, 2008



Menjelang hari ketiga syawal, maka tersiarlah karangan pantundi peringkat umum yang penuh bererti untuk tatapan kita semua dinegara kita khasnya. Mufti Perlis Dr.Mohd Asri yang menjadi 'pensastrawan' minggu ini telah mencipta beberapa rangkap pantun dengan berkaedahkan formula politik mutakhir di negara tercinta ini, setelah berlalunya detik 51 tahun negara ku Malaysia menggamit 'kemerdekaan'. Rangkapan pantun ini telah dikesan sejak dua hari selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Namun begitu beliau tidak menfokuskan secara 'tepat' atau menyebut insan insan yang terbabit dalam melakarkan retetan pantun ini, tetapi kita sudah faham maksudnya "sekilas kerbau sekandang sudah diketahui jantan betina nya"

Kita nantilah apakah reaksi nya dari kalian semua kesimpulan tulisan sinis nukilan Tuan Mufti kita ini.

Antara rangkap2 pantun yang dikatakan itu:-

Kota sarat disimpan tempayan
zahir berlian disunyi hari
harta rakyat dijadikan taruhan
akhir kebencian menjadi api

Gula dan santan di uli roti
kelapa diparut dimakan sama
bila kebencian menjadi api
apa dihasut ditelan sama

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengundur diri


Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jangan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

Mufti Perlis Dr.Mohd Asri Zainul Abidin sering menjadi perhatian media kerana kerap memberikan reaksi dan komen kritis terhadap fenomena politik dan isu-isu semasa, dan kita sesekali turut terpanggil untuk mengikuti perkembangannya.

- manjera