Lawatan sambil berlajar ke Taiwan

Monday, September 8, 2008


Sehari dua mutakhir ini agak sebuk diperkatakan umum yang menyentuh kepelbagaian andaian khusus... dengan retetan ini BN-BBC @ Kelab penyokong kerajaan Barisan National berhasrat membawa seramai mungkin para ahli Parlimen bagi 'meninjau' sambil belajar di luar negeri yg pada mulanya bercita untuk ke China dalam masa 12 hari.

Dimedia perdana sekeras mungkin tetap menyatakan yg program itu hanyalah lawatan sambil belajar yg mana disuarakan para pembesar negara kita TPM & PM Malaysia tercinta ini. Pekara ini diperkatakan ramai bagi analisis politik semasa di negara kita khasnya, berikutan desas desus ahli parlimen Permatang Pauh DSAI akan melahirkan 'Malaysia Baru' selari dengan menjelangnya 16 september nanti yg dijangkakan ramai ahli2 Parlimen BN akan menyertai PKR. Dengan bertindihnya tarikh yg berdekatan, berkaitan dengan lawatan tersebut seolah olah ianya sengaja dirancang malah beberapa individu utama ada menyatakan hal ini tiada berkaitan langsung dengan hasrat bekas TPM Dato Seri Anwar Ibrahim untuk membina kerajaan yg berlainan dgn kerajaan yg ada sekarang sebagaimana yg di takrifkan oleh saudara Bung Mukhtar sebagai 'omong2 kosong sahaja'.

Yg menjadi persoalannya mengapa 'kunjungan segera' itu di adakan di bulan puasa? mengapa pula masa yg diambil yg pada mulanya 12 hari di pendekkan ke 8 hari? rancangan awal nya ke negeri China ditukar ke Taiwan dengan alasan kesuntukan masa memperoses visa? pengerusi BN-BBC Dato Tiong King Siong menyentuh pekara ini ketika bertemu wartawan mStar.

Dah kalau masa nya suntuk nak buat lawatan sambil belajar dalam masa 6 hari setelah ditolak 2 hari masa perjalanan, apa yg dapat di pelajarai? lokasi bertukar tukar masa di singkatkan nak belajar apa? timbalan pengerusi BN-BBC Dato Bung Muktar pula mengesahkan antara 48 - 50 ahli parlimen akan menyertai lawatan itu yang bertujuan untuk meneroka teknoloji pertanian/perindustrian. Kenapa di bulan puasa ini pula mahu meneroka teknoloji itu? dan hanya ahli parlimen saja kah yg sesuai? kalau hendak berjenaka biarlah kena dengan gayanya.

Yg kurang lucunya program kerajaan tetapi dibiayai oleh duit masing masing, jenaka bangsawan barangkali itulah ungkapan si Bung Mukhtar kita.

Inilah gara gara arus politik tanah air kita kebelakangan ini. PKR dijangkakan akan menubuhkan kerajaan menjelangnya 16 september, itu pun belum tentu realiti atau sebaliknya tetapi kelamkabutnya semakin menjadi, hinggakan rancangan yg diatur agak tergesa gesa masa yg diambil pun agak terhad seolah olah kekurangan masa untuk berbakti ada rakyat sehingga sanggup mengeluarkan belanja sendiri.

Sebenarnya banyak kesimpulan nya disini namun tak perlulah untuk menambah luka yg ada dan semoga kalian dapat berfikir,.. fikir fikirkanlah.

Sekian selamat beribadat bagi kita semua, sama ada 'didalam negeri @ pun diluar negeri'.
rujuksemula m/kini