tak kira pagi mahu pun petang, bulan puasa atau pun bulan tak puasa, sesetengah orang tu memang suka untuk bersukan. Entahlah sama ada nak beriadah ke atau minat yg amat sangat.
Antara sukan yang kurang menggunakan tenaga mungkin sesuai untuk bulan puasa ini, ialah sukan toto atau dalam bahasa inggerisnya sport toto. Salah satu sukan yang mendapat restu dari kerajaan kita selain bolasepak, squash dan sebagainya.
Gambar diatas itu, juga antara insan yang berada dipusat sukan toto, entahlah sama ada nak mendaftar ke atau pun nak tukar duit raya untuk dibahagi bahagi kepada tetamu di pagi raya nanti. Fikirfikirkanlah..
Em-JR 24 ramadhan
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
16 hours ago