Terengganu terus berkocak, kini hampir kemuncak

Saturday, August 29, 2009


Setiap kali di ajukan, setiap kali pula mempertahankan nya, “tiada apa apa yang yang berlaku hanya sedikit saja dan masaalah ini kita dah selesaikan”. Sudah sekian masa ianya berlarutan, sehari semakin membuak dan kini masaalah itu mula menghampiri kemuncak nya.

Selesai sahaja pilihanraya umum ke 12, Terengganu mula di landa masaalah dengan perlantikan MB nya. Dengan ke izinan sultan, Ahmad Said di lantik sebagai MB dan menafikan Idris Jusoh untuk mengekalkan tampuk itu walaupun pusat memberi lampu hijau. Ahli ahli dewan negeri turut terbahagi dua, ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang tidak merestui nya. Hinggakan mereka sanggup melahirkan ketidakpuasan hati dan pengikut pengikut merentangkan spanduk dan banner.




Kelancaran Umno negeri tetap terganggu, dan di lantik pula Hishamudin Husien oleh pusat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, bagi merengankan keadaan yang ada. Hishamudin yang pernah menjawat ketua pemuda Umno yang cukup gah dengan keris nya itu memulakan langkat langkah jalan penyelesaian, dengan membuat beberapa perjumpaan Umno negeri.

Apabila di usul semula,” kita dapat mententeramkan dan keadaan semakin puleh”. Sampai bila ianya semakin puleh. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan dewan negeri terus bersidang. Hubungan antara kami tetap baik, kerisis yg kecil hanya di gembar gemburkan oleh media sahaja kata nya. Tertanya tanya juga, selama ini hanya pembangkang yang selalu berkata begitu. Pekara pekara banyak di perbesar besarkan oleh media.

Sebelum ini pada pada 13 April lepas, tiga ADUN Barisan Nasional terdiri Datuk Rosol Wahid (Ajil) Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) membuat laporan polis selepas menerima SMS yang mengancam keselamatan mereka. Walau bagaimana pun suspek yang menghantar sms itu telah berjaya di tangkap polis baru baru ini. Dalam reaksinya, Menteri Besar Ahmad Said pula berkata, beliau lega dengan tangkapan suspek berkenaan manakala kakitangan pejabatnya tiada kaitan dengan penghantaran SMS berkenaan.

Umno Terengganu terus meracau, namun mereka yang terlibat tetap menafikan dan berkata hal hal yang kecil kecil ini kita dapat selesaikan. Angin terus bertiup kencang, dan semalam Ahmad Said berkata “hubungan dengan ADUN yang lain semakin baik, hanya ada 3,4 orang yang masih lagi berkeras dan enggan menyokong kepimpinan nya”.
Lihatlah kehadhiran di dewan pun menggalakan inilah tanda kepimpinan nya semakin mendapat tempat.

Memanglah kedatangan di sidang dewan cukub baik, dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid telah di ajukandengan pertanyaan, ‘mengapa kurang nya penglibatan Adun dari BN di sessi soaljawab perbahasan di sidang dewan selama dua hari itu’ beliau mengakui ianya berkaitan juga dengan masaalah dalaman. Saya yakin beberapa masaalah itu akan dapat di selesaikan dengan baik setelah mengadakan pertemuan ringkas dengan Datuk Najib pada 23 ogos lalu, tambahnya kepada Sinar Harian 27 ogos.

Semalam 28 ogos MB Ahmad Said di minta mengulas mengenai desas desus yang mengatakan pakatan 10 Adun yang menentangnya sudah bertambah menjadi 18. Datuk Ahmad Said yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, menyifatkan lapuran itu hanyalah sebagai khabar angin sahaja, yang bertujuan untuk menjatuhkan imej Umno. Jika benar sekali pun, saya tidak boleh mengambil sebarang tindakan keatas mereka kerana ianya bukan kuasa saya dan kita ada ketua.

Lewat malam tadi pun mula riuh desas desus yang mengatakan ada beberapa rundingan oleh Adun kumpulan 10 yang tidak suka kepimpinan Ahmad Said untuk keluar parti menjadi ahli bebas atau pun menyertai PKR, dan Adun Ajil Rosol Wahid tetap menafikan, sementara itu, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah pula tidak tahu-menahu mengenai rancangan sembilan wakil rakyat Umno di negeri itu untuk menyertai PKR. Malaysiakini melapurkan.

PM kita sendiri pun turut mengulas berkenaan Umno negeri Terenganu yang mempunyai masaalah. "Kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan," kata Presiden Umno ketika diminta mengulas mengenai pergolakan Umno yang berlaku di Terengganu pada masa ini. Umno Terengganu kini sedang mengalami krisis berikutan masalah dalaman yang dihadapi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Kebelakangan ini pelbagai pekara yang timbul, dan sedikit sebanyak turut meresahkan kepimpinan yang ada. Setiap tomahan dapat di elak, apatah lagi untuk menggambarkan kepada rakyat yang suasana masih lagi baik dan hidup dengan aman.

- susunatur3