Merujuk kepada tajuk 'KRISTIAN TOLAK PAS' di muka surat depan Sinar Harian Perak dan tajuk di muka surat 4 (PK4) KRISTIAN TIDAK MINAT SERTAI PAS NIZAR,...
yang disiarkan semalam, kami ingin menyatakan bahawa perenggan satu hingga tiga di muka surat berkenaan, sama sekali bukan kenyataan asal dari Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Olahan bahan asal telah disalahtafsirkan di pihak suntingan. Kami memohon maaf atas kesulitan yang beliau hadapi berhubung dengan kenyataan yang disiarkan pada tajuk dan perenggan tersebut. - Sinar Harian Perak
dan dibawah ini Kenyataan bertulis Pas Perak ekuran dari lapuran sinar harian kelmarin.
Pembetulan Laporan Akhbar Sinar Harian 20/05/2010:
Merujuk Laporan Akhbar Sinar Harian 20/5/2010 hari ini (semalam), saya ingin menyatakan kekesalan kerana beberapa fakta yang kurang tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional. Bahkan tajuk akhbar "Kristian Tolak Pas" (muka depan) dan Kristian tidak minat sertai Pas: Nizar" di halaman PK4 adalah tersasar daripada hakikat pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu dilafazkan oleh DS Nizar semasa sidang akhbar tersebut.
Selaku moderator dialog tersebut dan salah seorang pimpinan Pas yang turut serta memberikan kenyataan akhbar saya ingin betulkan fakta-fakta berikut:
i/ Perjumpaan Pas Perak dengan pimpinan gereja-gereja seluruh Kinta adalah di atas jemputan Pas. Matlamatnya adalah untuk saling berkenalan dan memahami di antara satu sama lain.
ii/ Perjumpaan tersebut bukan untuk mengajak pimpinan gereja untuk menyatakan sokongan kepada pas. Sebagai satu entiti agama, pihak gereja adalah dilarang terlibat dalam politik kepartian. Namun pihak gereja menyatakan mereka bebas menyatakan sikap tentang isu-isu keagamaan dan isu-isu kepentingan rakyat atau negara.
iii/ Tidak pernah mana-mana pimpinan gereja yang berucap sama ada menyatakan sokong atau tolak Pas. Kenyataan yang mereka keluarkan hanyalah mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan Pas untuk bersemuka dengan mereka walaupun Pas berhadapan risiko.
iv/ Dalam sesi dialog pihak gereja meminta penjelasan Pas tentang isu-isu - peranan ulama dalam memberi fatwa, isu hak keluarga yang ditinggalkan oleh suami yang memeluk Islam, isu hak rakyat bukan Islam dalam hal-hal minuman keras dan hiburan serta isu kenapa hingga kini orang bukan Melayu masih dilabelkan sebagai pendatang. Isu penggunaan kalimah Allah disentuh secara ringkas sahaja. Akhirnya pihak pimpinan gereja memuji kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang mereka sebutkan sebagai ahli kepada semua rakyat dan memastikan amalan kebebasan agama berlaku dengan baik di Kelantan.
v/ Di pihak Pas, kami berusaha untuk menerangkan konsep-konsep utama dalam hubungan antara agama yang menjadi prinsip-prinsip Islam iaitu - tidak ada paksaan dalam kepercayaan, Islam adalah agama rasmi negara ini, hak rakyat untuk mengamalkan agama masing-masing, prinsip-prinsip keadilan islam dan prinsip Pas tidak menerima perjuangan berasaskan perkauman.-s/h
DR. HJ KHAIRUDDIN BIN DATO' ABD. MALIK
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
19 hours ago