Seorang wanita yang ditahan kerana disyaki berkhalwat melarikan diri dengan memandu kenderaan milik pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Jumaat.
Dia bagaimanapun dapat ditahan semula apabila kenderaan itu dikesan di rumah keluarganya di Kampung Gadek, Alor Gajah, pada 9 pagi, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Penolong Pesuruhjaya (AC) Mohd Adnan Abdullah, berkata wanita itu, yang ditahan Jaim atas kesalahan berkhalwat bersama teman lelakinya, ditangkap semula kurang 24 jam selepas melarikan diri.
Wanitan berusia 20-an tahun itu ditahan di pejabat Jaim di Kompleks Perniagaan Al-Azim di sini pada 7.45 pagi Jumaat lalu. Tetapi pegawai yang menahannya kemudian menyedari dia melarikan diri pada 5.30 pagi kelmarin.
Menurut AC Mohd Adnan, siasatan polis di kompleks itu mendapati wanita tersebut melarikan diri selepas memecahkan siling bilik tahanan di pejabat Jaim.
'Gadis terbabit kemudian melarikan diri memandu kenderaan pegawai Jaim yang terlupa mengeluarkan kunci kenderaan itu ketika meletakkannya di kawasan berhampiran kompleks berkenaan,' kata beliau. -- BHM.
Murid buktikan pada guru lembu makan martabak
19 hours ago