Umno senyap tanda setuju

Thursday, May 27, 2010


Ramai rakyat dinegara ini, termasuk rakan rakan dan kaum keluarga saya sendiri, masih senyap beribu bahasa apabila pihak diluar sana ‘membolakbalik’ dalam kes


kelulusan judi sempena bolasepak piala dunia yg begitu gah sekarang ini.

Kalau sesaorang anak kecil bertanyakan kepada si-ayah nya “ayah, Aiman hendak pergi mandi sungai ya?” jika si-ayah itu hanya senyap berdiam diri sahaja, bermakna ia setuju dan tidak membantah dan anak pun berlalu pergi untuk mandi sungai.

Kalau si-ayah berkata “jangan, itu bahaya” bermakna dia tidak membenarkan si-anak pergi ke sungai untuk mandi.

Kesimpulan nya, kerajaan ingin meluluskan permit judi bola, dan rakyat cuma senyap dan diam, bermakna rakyat setujulah perjudiaan itu. Mahupun rakan rakan atau ahli keluarga saya tadi.

Para penyokong BN pun hampir keseluruhan senyap sahaja, tanda setuju atau menyokong kelulusan lesen judi sempena Bola Sepak Piala Dunia yang bermula pada Jun ini dan jika ada yg tak setuju pun turut senyap ‘kerana ada sesuatu’.

Al quran sendiri menjelaskan dalam surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud;

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Perintah Allah s.w.t seperti ayat di atas merupakan perintah yang begitu jelas agar setiap orang Islam menjauhi perbuatan judi termasuklah apa juga tindakan yang memberikan ruang kepada aktiviti perjudian. Apakah Abdul Rahman Dahlan mahu menghalalkan judi setelah ia secara terang diharamkan oleh Islam?

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al maidah ayat 91 yang bermaksud;

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.”

Al Quran dalam pengharaman arak disempurnakan secara berperingkat dan tidak secara serta merta kerana aktiviti ini sudah menjadi budaya dalam masyarakat arab jahiliyah ketika itu. Kaedah ini juga boleh digunakan kepada pengharaman judi secara berperingkat. Adakah dengan memberi kelulusan kepada lesen judi ini selari dengan kaedah pencegahan yang ditunjukkan oleh Al Quran?

Bukankah Malaysia ini sebuah Negara Islam? Atau apakah version Islam dinegara kita ini? Islam Hadhari atau Islam Hindari? Pikirlah sendiri..

Sebagai pemimpin orang muslim sepatutnya bertanya dahulu kepada orang yang lebih tahu, atau arif dalam hal ehwal bab ini bukannya dengan membuat tindakan melulu menyokong kelulusan lesen judi tersebut.

Jika orang kuat Umno tidak menarik balik segera kenyataan yang dikeluarkan itu, kita bimbang terdapat masyarakat di Negara 1Malaysia ini tidak lagi segan lagi untuk bermain judi secara terang-terang kerana telah diberi laluan oleh ‘penaja nya’.

Yang peningnya, boleh dikatakan “kelulusan judi ini bagi mengelak perjudian haram yg lain” ada juga judi yg halal dan yg haram.