Ada Datuk menyimpan Zahida?

Friday, June 18, 2010

Saudara Pengarang,
Ramai rakyat Malaysia masih berteka-teki apabila berita Utusan Malaysia yang bertajuk ‘Saya Bukan Perempuan Simpanan’ yang turut disiarkan oleh saba/kini dengan paparan foto yang agak ‘menggatal’ dan bersifat penggoda.

Sebagai seorang wanita berkerjaya, saya amat kesal sekalipun berita yang disiarkan, Zahida menafikan beliau menjadi ‘Perempuan Simpanan’ atau ‘Gundik’ mana-mana VVIP, namun ada keluarga VVIP tersebut mengakui bahawa mereka mengenali Zahida dan pernah mencetuskan kekalutan apabila diserang oleh isteri VVIP berkenaan yang berasal daripada utara tanah air.

Namun, Zahida terus menafikan berita diserang isteri VVIP berkenaan dalam Mingguan Perdana dan menganggap berita tersebut sebagai satu fitnah sahaja

Saya amat kesal kerana pemimpin atau VVIP ini tidak menghormati wanita dan pengecut untuk membuat keputusan sama ada untuk memperisterikan Zahida yang kini sudah kaya raya kerana menjadi proksi VVIP berkenaan atau menceraikan isterinya atau memfailkan program poligami.

Sebelum ini, sudah heboh tentang seorang isteri VVIP menyerang seorang artis wanita kerana mempunyai skandal dengan VVIP berkenaan sehingga menyebabkan artis tersebut bertindak balas dan menggigit pipi isteri VVIP tersebut.

Saya tidak pasti siapa artis tersebut dan siapa VVIP berkenaan, namun dimaklumkan bahawa VVIP tersebut pernah terlanjur dengan seorang gadis sehingga mengandung namun memaksa adiknya menjadi ‘Pak Sanggup’ kerana beliau sudah mempunyai isteri.

Adik VVIP berkenaan juga pernah menjadi Pak Sanggup dengan mengahwini anak seorang kenamaan yang terpaksa menggugurkan kandungan demi untuk menyelamatkan maruah ‘orang kenamaan’ tersebut.

Lebih malang lagi, isteri adik VVIP berkenaan turut memelihara ‘Anak Ikan’ di Jakarta dan Zamboanga atau Manila; sementelahan pula adik VVIP tersebut bacul kerana ‘Kia Boh’ atau takut bini.

Jadi saya minta-minta sangat kepada pemimpin negara agar menyiasat kebenaran dakwaan ini bagi menyelamatkan maruah Negara kerana kebanyakan VVIP yang dipilih menganggotai kerajaan terpalit dengan skandal seks dan moral.

Salam Hormat,

ALESYYA SOLEHAH/s/kini