Skuad Pencegah Maksiat Swasta di Kelantan

Thursday, June 24, 2010


Semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, para ahli dewan ‘tersenyum’ apabila difahamkan terdapat satu squad pencegah maksiat Swasta.

Dikatakan lagi style pasukan itu membuat penyiasatan boleh menimbulkan sesuatu yg mencurigakan dengan cara mengintip, merakam gambar perbuatan satu satu pasangan tersebut.

Zainuddin Awang Hamat, (Pas-Limbongan) berkata, gambar gambar yang dirakamkan itu digunakan untuk mengugut pasangan berkenaan.

Beliau menmbahkan lagi, cara squad itu melakukan ugutan adalah untuk kepentingan dan sesuatu tujuan yang tidak diketahui. Sebelum ini kerajaan negeri telah skuad AMRU bagi menangani masaalah maksiat dinegeri ini.

Soalan lisan yang dikemukakan Abdul Latiff Abd Rahman, (Pas-Mengkebang0 mengaitkan gejala maksiat yang semakin menjadi dan Jabatan Agama meningkatkan pantauan yang semaksimum mungkin.

Sementara itu Pengerusi Jawatan kuasa Pem. Islam & Pendidikan serta Dakwah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata semasa menjawab soalan tersebut yang pihaknya masih belum menerima lagi lapuran tentang kewujudan skuad swasta yang dikatakan itu.

Kerajaan negeri juga ditanya adakah menyedari satu pasukan pencegah maksiat ‘swasta’ ini.

Kerajaan negeri turut melakukan pemeriksaan tidak tetap atau berkala ke atas permis permis dan hotel hotel yang diragui operasi nya.

Nik Mohd Amar juga berkata, pihak berkuasa sentiasa melakukan rondaan di tempat-tempat awam yang disyaki mempunyai peluang tinggi bagi para pelaku maksiat ini melakukan perbuat keji nya.